Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Banner Get This.

Thursday, June 28, 2012

Peralatan Baru :)


Hai awak semua.

Peralatan baru? Peralatan baru apakah yang dimaksudkan? Jeng jeng, aku baru sahaja memiliki sebuah drawing pad baru. Baru? Yewla, baru dibeli. Hihi..

Taraaa..Inilah drawing pad yang aku maksudkan..


Alaa, drawing pad yang murah je. Kite tak mampu lagi untuk beli yang jenama BAMBOO tu. Al maklumlah, kite baru nak belajar. So, beli yang sederhana cukup. Ini pun sudah berharga RM165..Hee~~

Haa, BAMBOO punya jenama macam ini rupanya


Sebenarnya, aku tak plan pun nak beli bende alarh nie. Pernah terfikir dulu, tapi terus batal niat tu bila tengok harganya. Sampai ada yang mencecah RM500 ke atas. Ok, itu rupanya harga untuk jenama BAMBOO. Hihi. Masa aku servey kat Low Yatt, paling murah RM99. Kecik satu hal. Mungkin jugak itu untuk kanak-kanak dan mungkin tak tahan lama sangat. Kot laa..

Aku beli nie pun bukan atas niat suka-suka *atau terlebih duit*. Tetapi atas tujuan untuk memudahkan aku untuk membuat assignment bagi subjek Animation. Yeah, subjek yang aku nantikan selama ini. 

Ok, beli dua hari lepas. So, meh sini tengok hasil tangan aku melukis menggunakan drawing pad yang aku beli tu. Jangan ketawa besar pulak. Hehe.. 


dan ini 


Comel tak? Comel tak kite lukis? *Nada gedik* HAHA.. 
Biasalah, baru guna, tak akan terus pro kot. Mesti rasa janggal je pada mulanya. Tapi, lama-lama akan terbiasa. Serious, best (Y)

Okelah. Drawing pad sudah ada. Lepas nie boleh la aku lukis doodle pakai drawing pad je. Easy mungkin. Nantikan doodle aku yang akan datang. Hekhek

Bye bye 

Nak kupon McD free? Jom klik sini

Terima kasih membaca (◕‿~)

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #29: Laa..Bukan Susah Pun Nak Solat

 



P/s: Peringatan untuk anda-anda semua dan juga untuk diri sendiri  

Minta tolong klik sini dan sini boleh? Terima kasih 

 

Terima kasih membaca (◕‿~)

Thursday, June 21, 2012

Spontaneous Thursday #25: Pengalaman Baru



PENGALAMAN BARU ITU SANGATLAH BERHARGA UNTUK MASA AKAN DATANG

P/s: Serious, setelah aku join program SMArT CAMP 12' @Kluang, Johor anjuran UTM sangat membantu aku dalam menambah pengalaman baru. Terutama pengalaman dalam bidang photography..HekHek 


Terima kasih membaca (◕‿~)

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #28: Pelajar UTM Anjur Kem Sains dan Matematik





Sumber: Surat khabar Sinar Harian 17 Jun 2012

P/s: Aku merupakan salah seorang fasilitator dalam program itu. *Padahal jadi photographer. HaHa*

Terima kasih membaca (◕‿~)

Monday, June 18, 2012

Haii You Alls!!



Hai! Comel tak saye? :)

Hai hai hai you alls.... *suare sengau-sengau* HAHA

Haa, rindu kite tak?? Eh, silap-silap. Rindu dengan entry kite tak?? *Sejak bile gune perkataan KITE nie* Eheem eheem *tukar panggilan* Haa, rindu tak akan entry-entry aku yang tak seberapa nie?? Tak rindu? Ok FINE! Merajuk 5 saat!

1.....
2.........
3..............
4.....................
5..............................

Ok, dah! HAHA.. Teserlah KESENGALAN di situ. 

Sebelum aku mulakan entry aku kali ini yang mungkin agak panjang lebar, *sudah lama tak update, banyak idea nak dicurahkan nie.. Hekhek* aku mohon maaf kerana kehadiran anda anda semua ke blog ini dengan mengharapkan dapat membaca entry baru dari aku tidak kesampaian. Maaf ye.. HEE.. 

Kenapa tak berupdate sampai "DUA MINGGU"?
 Pada minggu pertama, busy dengan kemas barang itu ini. Ialah, nak balik hostel la katakan. Istilah " dah macam pindah rumah " selalu digunakan apabila nak masuk and keluar hostel. Haishh
 Pada minggu kedua pula, busy dengan persiapan nak pergi SMArT CAMP @Kluang, Johor. Anjuran UTM KL. 

Haa, busykan busykan.. Tapi buat masa sekarang nie tak busy lagi. BUAT MASA SEKARANG LA.. Hee.. 

Walaupun blog lengang dengan entry entry baru dari aku, masih ada lagi para pembaca setia yang sudi singgah ke blog aku. *TERHARU* Sampaikan ada yang menanyakan "hey3 kamo kemana?". Haa, nampak tak permainannya di situ? Hekhek

Okelah. Akhir kata, InsyaAllah, lepas nie aku akan cuba luangkan masa untuk update blog kesayangan aku nie.. Hee.. Sayang yang teramat tau! Kesian dia diabaikan oleh tuannya.. 

P/s: Terima kasih ye kepada mereke yang masih setia bersama blog Bila Jari Mula Menaip.Acehh cehh.. HIHI. 

Minta tolong klik sini boleh? Tq ;)



Terima kasih membaca (◕‿~)

Monday, June 4, 2012

Masalah Bagi Kaki Yang Bersaiz Besar


Hai semua

Abaikan lukisan kasut yang tak serupa kasut nie. HAHA

KASUT? Siapa di sini mempunyai masalah dalam pemilihan kasut yang sesuai mengikut cita rasa anda? Haa, kite geng. *give me five  

Selalunya, mereka-mereka yang mempunyai masalah sedemikian oleh kerana tidak menepati cita rasa atau pun tidak mempunyai SAIZ yang sesuai dengan kaki mereke. Kalau aku, masalah tidak menepati cita rasa bukan masalah utama. Tapi, masalah utama ialah, tidak menepati SAIZ ukuran yang sesuai.

Sedihkan kalau kasut yang kita impi-impikan selama ini tidak dapat kita miliki hanya kerana masalah SAIZ. Huuh, mahu nangis rasanya.. Uwaaaa 

Al maklumlah, kasut-kasut yang berada di pasaran sekarang semuanya cumil-cumil. Sesuai untuk mereka yang kaki bersaiz kecik. Bukan macam saiz kaki aku. Sekali amek kau, saiz 10. HAHA.. Mana mau cari kasut saiz 10?

Perasaan jeles dengan mereka-mereka yang kaki bersaiz kecil itu sudah semestilaa ada. "Ishh, geramnya aku dengan kaki dia tu.. Semua kasut dia boleh pakai" "Arghh, fedap aku dibuatnya. Semua kasut aku dah cuba, tak muat!"

Teringin jugak nak pakai kasut yang macam kat bawah nie:


dan


dan ini


Cantikkan? Apa boleh buat. Dah naseb kaki yang bersaiz besar. Ada tu memanglah ada kasut bersaiz besar. Tapi tak semua kedai ada. Dan yang paling penting, kadang-kadang kasut yang ada tu, tak menepati cita rasa kita. Huuh, banyak benau masalahnya

Bila fikirkan masalah ini, pernah terfikir jugak nak buat design kasut sendiri yang bersaiz besar. Tak payah nak pening-pening kepala nak cari kasut. HAHA.. Tunggulah 10 tahun lagi. Akan ku buka butik kasut ku sendiri. HAHA *angan-angan mat jenin*

Sebelum aku akhiri entri aku, meh sini aku nak tunjukkan kasut tutup yang dapat aku cari sekian lamanya. Huuh, selalunya aku asyik pakai kasut tutup yang ala budak sekolah gitu *kasut lekat* And now, dapat jugak merasa kasut seperti ini. HewHew 

Abaikan plak dibelakang itu. HiHi
Byebye 


Terima kasih membaca (◕‿~)

Sunday, June 3, 2012

EkaTikah Craft Secara Rasminya Di Tutup Sementara Waktu


Hai semua. Salam hujung minggu.


Sebelum aku mulakan huraian lebih lanjut untuk entri aku kali ini, aku mau tanya sat. Ada sesiapa yang perasan kewujudan banner di atas sepanjang satu dua bulan nie? Haa, yang tak perasan tu, mesti singgah macam tu sahajakan? Sampai banner yang terpangpang besar kat blog aku nie pun korang tak perasan. *tacing la macam nie xP*

Anyway, entri ini bukan entri tacing men"tacing". HeHe. Tapi aku sebenarnya mahu buat pengunguman bahawa, EkaTikah Craft akan di tutup sementara waktu. Segala tempahan tidak akan diterima. Harap maklum!

Kenapa tutup sementara? Yewla, lagi beberapa hari sahaja lagi aku dah nak masuk hostel. InsyaAllah, rabu nie aku dah daftar masuk hostel. Awal? Sebab ada kerja yang perlu diselesaikan. HiHi

Tetapi jangan risau. Anda-anda semua boleh membuat tempahan semula APABILA mulanya cuti sem atau cuti apa-apa sahaja laa.. *asalkan aku cuti*  Bukan malas, tetapi aku nak tumpukan pada study terlebih dahulu. Bisnes nie pun aku buat untuk sementara waktu sepanjang aku cuti sem nie.

Walaubagaimana pun aku still bersyukur dan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang melanggan barang aku. Thanks so much . Aku harap anda-anda semua berpuas hati dengan hasil tangan aku sendiri. Hihi

Okelah. Itu sahaja yang aku mahu sampaikan untuk entri aku kali ini. Sebelum itu, jom kita lihat antara tempahan yang dapat aku siapkan minggu-minggu lepas 

Lolipop COmel tempahan daripada Tika :) 

Love sederhana besar tempahan daripada Ain :)

P/s: Maaf ya kerana terpaksa menolak beberapa tempahan buat masa ini. Kesulitan amat dikesali.

Suka dengan entri ini? Meh la LIKE Thanks 


Terima kasih membaca (◕‿~)

Saturday, June 2, 2012

Jenis-Jenis Cendawan



Haa, siapa kat sini suka makan cendawan?? Yes! Kita geng. Give me five! HAHA

Seperti yang korang semua tahu, cendawan ada banyak jenis cendawan right? Cendawan butang la, cendawan itu la, cendawan ini la. Dekat Malaysia sahaja dah ada lebih 5 jenis cendawan.*kira banyak la tu kan? xP *

Jom kite tengok antara jenis cendawan yang tumbuh subur di tanah Malaysia:

 Cendawan Butang 


 Cendawan Telinga Kera 


 Cendawan Tiram Kelabu


 Cendawan Tiram Putih 


 Cendawan Abalone


 Cendawan Shitake


So, korang rasa korang pernah makan cendawan jenis yang mana satu?  Aku pun kurang pasti cendawan mana yang aku selalu makan. Rupa lebih kurang sama je semuanya. Haha..

Sebelum aku akhiri entri aku, meh sini aku nak tunjukkan cendawan goreng hasil daripada air tangan aku sendiri.Yum yumm.. Jangan meleleh sudah la 

Bye Bye 

P/s: Yang kat atas nie antara jenis-jenis cendawan yang aku tahu. Kot kalau korang tahu ada jenis cendawan yang lain, meh la kongsi bersama


Terima kasih membaca (◕‿~)