Sunday, January 4, 2015

Pucuk Ubi Masak Tempoyak



-sebelum-

Entri sebelum ini ada sebut request pucuk ubi masak tempoyak kat ibu. Tup tup, pagi tadi ibu terus ajak pergi pasar minggu beli bahan-bahan.

Pusing punya pusing satu pasar, akhirnya jumpa juga tempoyak. Belum musim durian agaknya. Itu yang susah nak jumpa. Yang ada pun tinggal beberapa bekas. Agaknya kalau lambat sikit, habis tu.


-selepas-

Tung tang tung tang periuk belanga kat dapur, taraaa siap pucuk ubi masak tempoyak. Makan dengan nasi panas memang superb sedap. Hehe

Nak resepi? Nanti kita try minta kat ibu ok :)

P/s: Pucuk ubi masak tempoyak ni banyak nama lain sebenarnya. Ada sesetengah orang panggil tempoyak masak cili api.Bahannya sama sahaja, cuma nama lain bunyi. Hehe



Read More

Pasar Minggu Pagi Ahad





Pagi tadi pergi pasar merempit dengan ibu. Maklumlah lama rasanya tak bawa motor. Asyik drive kodok ke hulu ke hilir. So balik Melaka, pinjam motor ayah la apa lagi. Hehe



Apa yang bestnya pasar minggu pagi ahad ni, cakap nak sayur apa insyaAllah semuanya ada. Selain daripada sayur-sayurannya yang segar, harga juga sangat berpatutan. Berpatutan la daripada beli kat pasar raya. Pilihan juga banyak.




Pilihan buah-buahan juga banyak. Ada yang sebakul RM5, 18biji RM10 dan macam-macam lagi la. Buah orange buat jus sedap juga ni. Hehe. 

Nak pergi pasar minggu ni kena pergi pagi-pagi. Kalau pergi dah pukul 9 ke atas, banyak sudah habis. Nanti ada yang balik dengan tangan kosong. Hehe

P/s: Hari ini request ibu pucuk ubi masak tempoyak. Itu yang pergi pasar cari bahan-bahannya. Terutama tempoyak. Belum musim durian susah sikit nak cari tempoyak ni.




Read More

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H




Salam Maulidur Rasul 1436H untuk semua para pembaca blog yang beragama Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Perbanyakkan selawat bukan hanya pada hari ini, amalkan juga untuk harian kita.


Moga kita dapat teladani dan contohi sifat keperibadian Rasulullah SAW. InsyaAllah.




Read More

New Year, New-Look



New Year, New-Look.

Alhamdulillah impian untuk blog berwajah baru pada tahun baru tercapai juga. Punyalah ambil masa dalam 4 ke 5 hari untuk belek coding. Maklumlah dah lama tak membelek coding blog. Nasib dulu ada belajar satu sem subjek HTML. Kiranya macam remain semula la. Hehe

Oleh kerana tuan blog berumur 22 tahun untuk tahun ini, jadinya blog juga harus lebih matang sama seperti tuannya. Memilih tema blog kelabu pink putih, menampakkan blog simple daripada sebelum ini. 

Sidebar daripada 3 bahagian, dijadikan kepada 2 bahagian sahaja. Mana-mana widget yang tidak berapa penting, dibuang supaya blog lebih ringan. 

Berharap selepas blog berwajah baru, aura untuk berblogging seperti dahulu datang mendampingin dan awak semua jangan segan untuk singgah ke blog ini. InsyaAllah blog ini akan aktif seperti dahulu dahulu.. 

P/s: Sedang mencari beberapa blog untuk dilistkan dalam favourite bloglist. Berminat?



Read More