Sunday, September 30, 2012

Mengaku lebih senang bukan?



Peristiwa Pertama


Kononnya la bukan boyfriend dia.. Kawan katanya. Okok


Peristiwa Kedua





Haa, kan dah kantoi bersayang-sayang dengan boyfriend sendiri. Bukan boyfriend la katanya. Nie dah kantoi depan-depan tak nak mengaku lagi ka?? "Sudah terang lagi bersuluh" la weh!

Aku paling tidak suka orang yang jenis macam nie. Taknak mengaku ada boyfriend. Sorok-sorok dengan kawan sendiri. Macam nak pulakkan aku rampas boyfriend kau tu..

Tapi nanti andai kata ada orang curi boyfriend kau tu macam mana? Kawan sendiri pula tu.. Nak salahkan siapa? Salah kau jugak la! Sorok la lagi boyfriend kau tu.. Sampaikan kawan pun tak sedar yang kawan TERambil boyfriend kawan sendiri. Haa 

Itu satu hal. Lagi satu kalau boyfriend kau apa-apakan kau ke, atau terjadi apa-apa kat kau, tak ke senang nanti kalau kami sebagai kawan tanya pada boyfriend kau.. Yewla, kau kan lebih "rapat" dengan boyfriend kau. Berkepit sana sini. 

Please, jangan jadi orang seperti dia atas. Aku pasti dan sangatlah pasti ramai orang tak gemar dengan orang yang perangai macam ini. Nanti menyesal tak sudah..

Bukan niat nak kecoh satu dunia yang kau ada boyfriend, cuma perkenalkan la pada rakan rapat or kalau ada orang tanya mengaku jew la. Kan senang? Tak susah mana pun. Just cakap " Yes, dia boyfriend aku". Semudah 1, 2, 3 

Oklah, cakap panjang lebar pun tarak guna kalau diri sendiri memang nak teruskan dengan sikap macam tu..Terpulang. Aku just cakap apa yang aku rasa betul. Hee, orang tak ada boyfriend tak perlu pening-pening kepala nak mengelak sana sini. Kan? 


Mutiara Minda. Klik SINI
Bolehkan Anda Menyaingi Chef? Klik SINI



Read More

Saturday, September 29, 2012

Passport Picture Vs Profile Picture



Passport Picture


 Background passport picture mesti warna biru. Warna lain tidak diterima.
 Mata mesti besarkan, nampak jelas. 
 Baju mesti formal, berkot hitam.
 Passport picture, no edit.



Profile Picture


 Profile picture boleh background di mana-mana. Paling simple, tembok belakang rumah
 Suke buat muka duck face.. Nampak lebih cantik + comel katanya..
 Baju bebas, seksi lagi cantik..
 Profile picture kebanyakkannya edit. Tak nak bagi nampak tahi lalat la, jerawat la..


Kesimpulannya, memang lumrah manusia macam nie. Gambar lebih cantik daripada realiti. Baby face gitu. Tapi bila difikirkan balik, lebih bagus tunjukkan rupa kita yang sebenar. Tidaklah ada yang tertipu dengan wajah kita nanti 

Mutiara Minda. Klik sini
Free coklat? Klik sini
New Dutch Lady Chocolate Drink. Click here




Read More

Thursday, September 27, 2012

Kite Rindu ... :3





Auww auwww, sweetnye dialog di atas. Sudah lama kot tak berdialog macam tu..Tibe-tibe teringin pulak.. Menggedik sekejap.. Hahaha 

Sebenarnya aku berdialog seperti di atas adalah kerana aku rindu dan tersangatlah rindu pada............................................................... Siapakah?? Jeng jeng..  

P/s: Siapa pula yang korang rindu-rindukan sekarang nie?? Mesti ada punya kan? Hee 



Read More

Saturday, September 1, 2012

Lawatan Ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras



Sumber PakCik Google

Hai semua..

Alhamdulillah, pagi tadi telah berjalan dengan jayanya program lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras. Program yang berjalan dari pagi sehinggalah tengah hari ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehinggalah 12 tahun.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Comstar ini adalah bertujuan untuk membantu dan menceriakan kanak-kanak di rumah tersebut. Kanak-kanak disitu mempunyai latar belakang yang berbeza, juga mempunya ragam-ragam yang tersendiri.

Di rumah kanak-kanak Tengku Budriah menempatkan kanak-kanak yang berlainan bangsa, agama, dan negara. Means, kat situ juga ada kanak-kanak yang berasal daripada keturunan Vietnam dan juga berbangsa Negro. Kanak-kanak tersebut seperti sudah biasa dengan keadaan sekeliling dan mereka fasih berbahasa melayu. Mungkin mereka sudah dijaga disitu semenjak kecil lagi.

Serius, kanak-kanak di rumah itu agak nakal. Seperti yang aku cakap tadi, banyak ragam. Semasa kami menjalankan aktiviti, masih ada sesetengah kanak-kanak hanya mahu duduk bersendirian. Ada yang bergaduh. Gaduh mereka bukan gaduh biasa. Sampaikan bertumbuk, bersepak. Haa, bayangkan..

Walaubagaimana pun aku tak salahkan mereka. Malah aku simpati pada mereka. Pada usia yang agak muda, mereka sudah ditinggalkan ibu bapa mereka. Setiap kanak-kanak disitu mempunya masalah tersendiri.

Cuba bayangkan usia kita pada masa itu. Kite mendapat belaian manja, kasih sayang daripada ibu bapa. Mereka? Tidak dapat merasai itu semua. Kecil-kecil lagi mereka sudah hidup berdikari. 

Di rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah la mereka ini dibesarkan. Diberi makan minum, tempat tinggal dan pendidikan yang agak sempurna. Mereka semua sudah seperti keluarga, ada ayah. Walaupun ayah itu bukanlah ayah kandung mereka, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Kalaulah aku diberi peluang dan rezeki yang lebih, aku ingin membantu kanak-kanak disitu. Sekurang-kurangnya dapat meringankan masalah dan beban mereka. Aku dapat merasakan mereka sangat memerlukan perhatian dan pertolongan daripada orang ramai..

Akhir kata, aku sudah menganggap kanak-kanak disitu macam adik aku sendiri. Kalau diberi peluang sekali lagi, aku ingin bersama-sama mereka lagi. Dan sampai sekarang aku teringat akan kata-kata salah seorang kanak-kanak disitu yang bernama Aidil "Akak, nanti datanglah lagi" InsyaAllah dik, ada rezeki kite akan berjumpa lagi. 

P/s: Sayang mereka semua  



Read More