Saturday, October 24, 2015

Dapur Ekatikah: Bergedil Daging Homemade



Assalamualaikum.


Malam tadi terlebih rajin buat Bergedil Daging sendiri. Dah lama nak buat sebenarnya tapi asyik nanti-nanti, haa. Sampailah semalam tekak betul-betul nak makan bergedel. Kebetulan puasa semalam. Tekak orang berpuasa ni lain. Kalau boleh nak berbuka lain daripada yang biasa makan.
So decide untuk buat Bergedil Daging.


Tungtang tungtang kat dapur dan inilah hasilnya, Bergedil Daging Homemade. Resepi nanti kite share. Hehehe. Jemput tengok dahulu. 




Read More

Friday, October 23, 2015

Salam Jumaat #1: Berharaplah Pada-Nya



Assalamualaikum



Salam Jumaat 


Read More

Tuesday, October 20, 2015

PENGUMUMAN! Kadar Baharu Pos Laju Timbang



Assalamualaikum.

Bila dapat tahu kadar baharu untuk pos laju timbang, rasa nak pengsan jap. Makin mahal!. Ishh apa nak jadi ni. Mungkin mereka yang tidak selalu menggunakan perkhidmatan pos laju tidak terasa peritnya. Tetapi tidak kepada mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan pos laju. Terutama pada para perniaga online di luar sana. *termasuk kite ni haa*

Tapi memang betul mahal dah sekarang pos barang guna pos laju ni. Macam kite ni berniaga barangan craft. Antara barangan craft yang selalu dapat tempahan adalah bantal. Bayangkan, bantal yang tak besar mana pun, berat apatah lagi, kadar pos laju boleh cecah RM30.00 ++. Katanya barang yang ukuran lebih daripada 30cm akan dikira lain. Kadang-kadang lebih 2cm macam tu pun berkira.
Ishh sakit hati betul!

So lepas ni jangan tanya kenapa kadar untuk pos barang mahal. Hmm 

P/s: Haishh, minyak naik, tol naik, pos barang pun naik. Lepas ni apa lagi nak naik entah? Errr




Read More

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah 1437



Assalamualaikum.


Salam Maal Hijrah 1437. Semoga tahun baru yang tiba ini akan menjadi lebih baik dan dipermudahkan semuanya. InsyaAllah 

P/s: Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambut tahun baru Islam dengan ibu ayah kat rumah. Baca yassin, doa akhir dan awal tahun bersama. Tahun ini, buat sendiri semua tu. Wuu 



Read More

Monday, October 12, 2015

Kadar Baharu Tol Berkuatkuasa 15 Oktober 2015



Assalamualaikum.


Bermula pada 15 Oktober 2015, akan berkuatkuasanya kadar baharu tol untuk beberapa lebuhraya. Lebuhraya yang terlibat dan kadar baharu yang dikenakan mengikut kelas adalah seperti di atas.

Nasib pandu kereta. Kot pandu lori ke bas ke, haishh mahalnyee 




Read More

Official Facebook Page EkatikahCraft



Assalamualaikum.


Setelah sekian lama nak buat page khas untuk kerja craft, finally terhasil juga. Yehaaa 


Page yang akan sentiasa diupdate berkaitan dengan hasil kerja dan tempahan craft daripada customer. Nak tengok hasil kerja yang teliti dan kreatif, bolehlah singgah ke Page EkatikahCraft 

Sempena pembukaan Page EkatikahCraft, insyaAllah akan ada giveaway yang simple dan hadiahnya sudah pastilah comel-comel. Hehehe 

Ok, stay tuned!


Read More

Saturday, October 10, 2015

Dapur Ekatikah: Spring Roll Salad



Assalamualaikum.



Hari Isnin lepas buat Spring Roll Salad sebagai menu breakfast. Menu yang sangat simple dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet sebab tidak menggunakan minyak langsung dan bahan utama adalah kulit popiah dan sayur seperti salad, timun dan lobak merah. Bahan sampingan yang digunakan adalah seperti isi ketam dan sosej.

Alaa, mudah je cara membuatnya. Hanya perlu gulung-gulung dan kemudian siap sedia untuk di makan. Cecah sos atau mayonis kewpie, pehh sedap woo. Hehehe. Tak perlu nak goreng ke apa ke. Tapi isi dalamnya seperti lobak merah, sosej dan isi ketam haruslah direbus dahulu.

Ada juga orang guna isi ayam atau udang untuk menggantikan sosej dan isi ketam tu. Ikut selera masing-masing. Letak telur scramble pun sedap. 

Ok, selamat mencuba. 



Read More

Friday, October 9, 2015

EkatikahCraft: HARGA MURAH-MURAH!



Assalamualaikum.




Nampak bantal-bantal comel di atas? Yeahhhh. Kita nak jual harga murah murah punyaa tau.

Harga asal RM20 setiap satu.
Harga murah murah kita bagi RM15 setiap satu.

Ready made dan sepenuhnya jahitan tangan!

Berminat? WhatsApp kite laju-laju di no 017-3050597
Stok tak banyak dah ni. Siapa cepat dia dapat! Hehe  




Read More

Tuesday, October 6, 2015

Dapur Ekatikah: Cekodok Pisang



Assalamualaikum.

Pagi tadi buat cekodok pisang sebagai bekal untuk breakfast. Macam biasa kalau nak masak, kenalah bangun lebih awal sikit daripada biasa. Kalau terasa nak masak yang rumit-rumit, malam tu dah siap semua bahan. So pagi-pagi tak kelam-kabut. Hehehe

Actually ini adalah first time buat cekodok pisang sendiri. Kalau sebelum ni nak makan, request kat ibu atau tak pun beli kat gerai tepi jalan. Tapi last week teringin sangat nak buat, haa Ahad keluar beli barang dapur belilah sekali pisang. 

Bila dah siap masak, dalam hati terdetik, "eh kenapa lain macam cekodok pisang aku ni?" Kenapa tak macam ibu buat ataupun yang orang lain buat. Ishh mushkil ni. 



Orang lain buat cantik je bentuknya, warna pun menarik. Hahaha. Pedulikan. Rasa lebih penting. Tengok je macam tu, rasa tetap sedap ok!. Hehe

Mungkin tak gebu sebab tak letak serbuk soda bicarbonat. Lagi satu, pisang yang digunakan pun tak banyak mana. Sebab fikir nak cuba dulu. So guna dalam 4 biji pisang sahaja. 

Ok, lepas ni nak buat lagi letak pisang lelebih + soda bicarbonat untuk bagi gebu-gebu. Hikhik



Read More