Sunday, May 28, 2017

Asam Pedas Daging Tetel Untuk Cik Tunang



Assalamualaikum. 

Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa. Haaa. Berbuka juadah apa semalam? Masak atau borong kat bazar ramadan? Hahaha

Semalam hari pertama berpuasa. Jadinya mood nak memasak juadah berbuka tu memang ada. Tapi kali ni masak special sebabnya masak untuk cik tunang kita. Ini adalah salah satu lauk kegemaran dia. Heee


Asam Pedas Daging Tetel. 

Pernah dengar kata orang tua-tua, nak pikat hati suami, kena pandai pikat perutnya. Sebelum nak jadi suami yang sah tu, kita pulun belajar masak lauk kegemaran dia dulu. Bila sudah jadi suami isteri nanti takdelah terkebil-kebil nak belajar memasak. Hahaha. 

Sebelum ni hanya pandai masak untuk diri sendiri sahaja. Mana taknya, makanan orang diet. Ibu ayah pun tak lalu nak makan makanan aku. Hahaha. Lepas jadi tunangan orang dan bakal nak jadi isteri tak lama lagi, ayah bising suruh belajar masak lauk-lauk kampung sebabnya suami awak tu nanti suka makan lauk kampung. Hehehe. 

Apa lagi, minta tolong ibu turunkan kepakaran memasaknya pada aku. Mana tumpahnnya lauk kalau tak ke nasi kan? Ehhh. Hehehe

Dear awak, jangan risau ok. Untuk awak takda istilah makanan diet. Saya akan masak apa sahaja yang awak request dan awak makan. Saya janji tak ajak awak makan benda pelik-pelik dah lepas ni. Heee. Love you 


Read More

Tips Mudah Turun Berat Badan Dalam Bulan Puasa



Assalamualaikum.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu lagi dalam bulan yang mulia ini. 

berat 93kg                      berat 64kg


Gambar di atas ialah aku yang sebelumnya. Kiri gambar semasa raya tahun 2015 dan gambar kanan semasa raya tahun 2016. Alhamdulillah, ada perubahan dalam diri. Mungkin tak banyak mana tapi alhamdulillah berpuas hati dengan perubahan yang berlaku. Heee

Jadi ramai yang bertanya bagaimana aku turunkan berat badan dalam berpuasa sebabnya kebanyakkan orang masa bulan puasalah badan naik. Hahaha. Silap permikiran tu. Sebenarnya bulan puasa adalah satu cara untuk kita jaga kesihatan kita di samping dapat turunkan berat badan tau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya memang tidak dinafikan nafsu makan aku memang teruk. Nafsu macam 5 orang makan. Hahaha. Tapi bila dah dapat kesedaran diri, alhamdulillah sekarang boleh kawal nafsu makan tu. Kalau tidak, sebelum ni berbuka mesti ada roti john la, murtabak la, air manis la. Sekarang, berbuka dengan air cincau kosong sahaja pun ok dah. Heee

Caranya mudah sahaja. 

1) Jangan makan keterlaluan mengikut nafsu.
 Maklumlah, bulan puasa ni lagi macam-macam juadah berbuka puasa ada. Nafsu nak makan itu ini mesti ada punya. Tapi ingat! Kawal! Macam aku, untuk berbuka aku hanya minum segelas air berperisa sirap atau anggur letak stevia dan segelas air kosong. Kalau terlebih rajin, buat hot chocolate unsweeted. Masa berbuka aku kurangkan makan. Jamah sikit sahaja. Contohnya makan seketul dua ayam goreng dgn hirisan timun jepun pun dah cukup. 

Untuk sahur pun lebih kurang sama. Tapi untuk minuman, aku hanya minum air kosong dan green tea kosong sahaja. Makanan pula aku makan telur goreng ke atau terlebih rajin daging burger grill atkins homemade. Hehehe

2) Minum air kosong yang secukupnya.
Orang tanya, macam mana nak minum air kosong secukupnya? Tak kembung ke nanti minum air banyak sangat? Ishh, takdanya. Aku minum alhamdulillah perut tak kembung pun. Hee. Caranya bukan minum sekali banyak. Minum sikit-sikit. Cara aku, masa berbuka minum segelas dua air kosong. Masa nak pergi tarawih tu, bawa sebotol air kosong. Sambil-sambil solat terawih tu, minumlah. Lepas balik terawih pun sama. Sampailah masa bersahur. Ingat! Air kosong dan bukannya air manis. Ini tidak, berbuka dah minum bergelas-gelas air manis. Balik daripada berterawih pun minum lagi air manis sampailah masa bersahur nanti. Haa. Tak bagus tu. Jangan ok.

3) Senaman ringan.
Siapa cakap masa bulan puasa tak boleh bersenam? Sebenarnya boleh je. Cuma senaman yang kita lakukan tidak seberat yang kita lakukan semasa bukan bulan puasa. Janganlah kau pergi berlari speed 2km. Mahu semput nanti. Silap-silap boleh pengsan. Di bawah ada panduan bersenam semasa berpuasa daripada Kevin Zahri.


Cara aku, sejam sebelum berbuka aku buat sikit senaman ringan. Lebih tumpukan pada abs, arms macam tu. Lepas balik terawih kalau ada masa, buat senaman cardio. Apa-apa pun mesti ingat, buat ikut pada kemampuan badan kita ya. Kalau rasa penat sangat hari tu, takyah buat pun takpe. Solat terawih yang kita buat itu juga dikira senaman tau. Hehehe

4) Makan vitamin atau supplement.
Sesiapa yang bua diet atkins semasa bulan puasa, sememangnya kauorang perlukan lebih tenaga untuk melakukan rutin harian. 


Seperti aku, hanya makan Multivitamin brands Blackmores sebiji semasa sahur. 
Kauorang yang tak amalkan atkins pun boleh juga ambil vitamin atau supplement jenis lain. Tapi make sure vitamin atau supplement yang dimakan mendapat kelulusan ok.

Berikut di atas adalah sedikit tips ringkas macam mana aku boleh turunkan berat badan dalam bulan puasa. Nak kurus bukannya tak makan ok. Cuma kawal pemakanan dan amalkan hidup sihat. Sesiapa yang berniat nak kurus masa raya nanti, boleh la cuba amalkan. Hehehe.
Selamat mencuba.

P/s: Puasa tahun lepas dapat turunkan berat badan 4-5kg. Tahun ni berapa agaknya? Hahaha



Read More