Wednesday, February 18, 2015

Wordless Wednesday #54:Hati-Hati. Pakcik JPJ Sedang Memerhati.





P/s: Musim cuti Chinese New Year mesti ramai balik kampung. Hati-hati memandu, Pakcik JPJ sedang memerhati. Opssss. hehe



Read More

Chinese New Year 2015: Limau Mandarin





Esok merupakan hari perayaan bagi kaum Cina, dalam erti kata lain 'Chinese New Year'. Sememangnya semua orang tahu, bila tiba masa Chinese New Year pasti akan banyaknya limau mandarin.

Bagi mereka yang bekerja di syarikat Cina, pasti dapat berkotak-kotak buah limau. Hari-hari makan, naik jemu. Kalau dapat yang manis, memang sedap la makan. Kalau dapat yang masam? Cukuplah rasa satu yang lain ketepikan. Hahaha

Walaupun tempat kerja merupakan syarikat Melayu, tidak terkecuali juga daripada dapat buah limau berkotak-kotak ni. Supplier kebanyakkan daripada syarikat Cina. Sekali datang bagi 2 3 kotak. Haa, supplier lain pula datang, tambah lagi 2 3 kotak. Bila dikumpulkan tak ke banyak?

Aku ni duduk menyewa bilik seorang. Boss bagi sekotak bawa balik, itu pun simpan dalam peti ais kat pejabat. Bawa balik? Siapa yang nak makan? Aku? Balik kerja dah lambat. Balik rumah mandi solat tidur. Cukup beberapa hari, tengok buah tu dah busuk. Tak ke membazir. Letak kat pejabat, sambil-sambil buat kerja boleh ngap masuk mulut. Ushh dapat yang madu, pehh. Haha

Korang dapat berapa kotak limau mandarin? Ke beli kat kedai? Hehe


P/s: Buat kerja sambil makan limau.Lalala. hehe




Read More

Sunday, February 15, 2015

Kemaskini Instagram




Siapa yang tidak tahu dengan laman sosial Instagram? Hampir semua orang tahu akan laman sosial ini yang di mana adalah tempat untuk mengupload segala gambar.


Masa mula-mula kenal instagram, agak jakun juga. *Ok cakap diri sendiri jakun. Hahaha.* Jakun yang dimaksudkan itu, habis semua benda nak disnap lepas tu upload. Gambar tin Nescafe & makan maggie pun nak diupload. Hahaha


Gambar entah apa-apa, lepas tu hampir semua ayat nak dihashtag. Hashtag yang logik, boleh terima lagi. Ini hashtag yang tak pernah ada pun dibuatnya. Ok, aku ke dulu ni? Hahaha

Kalau nak ikutkan, hampir 800 gambar yang diupload dari dulu hingga sekarang. Tapi operasi kemaskini sedang dijalankan. *delete* *delete* gambar yang tidak berkenan. Tak sanggup rasanya bila scroll instagram sendiri. Hahaha

Sekarang lebih gemar mengupload gambar-gambar seperti masakan, job foto, tempahan craft dan nature. Tiada lagi gambar-gambar mengarut seperti dahulu. . Nak tahu instagram sekarang macam mana, boleh usha kat SINI. Hehe

Aku ni tak reti nak berselfie. Disebabkan itu tak banyak gambar sendiri. Boleh dikira dengan 5 jari la. Hahaha 

Setiap orang ada cara sendiri. Korang yang ada instagram macam mana? Aktif tak berinstagram? Hihi




Read More

Gambar Majlis Resepsi Yana Samsudin & Fadzil Zahari



Jumaat lepas sudah berlangsungnya majlis pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari di kediaman Yana Samsudin, Yong Peng, Johor. Majlis yang sederhana itu diadakan selepas solat Jumaat.

Majlis Resepsi pula diadakan besar-besaran pada keesokkan malamnya di Dataran Gemilang, Yong Peng, Johor. Dengar katanya semua para peminat dijemput hadir sekali. Wahh, mesti meriah sungguh ni. Hehe

Jom tengok gambar sekitar majlis resepsi berlangusng.



    

    

    

    

    

    

   

    

    

    

   

     


Seriously Yana kelihatan cantik pada malam itu. Ushh, melting ok. Hehe.
Semoga perkahwinan yang dibina ini bahagia berpanjangan dan dikurniakan anak yang comel-comel. InsyaAllah :)

Kredit gambar super ohsem: Project2Pi




Read More

Gambar Pernikahan Yana Samsudin & Fadzil Zahari



Tahniah buat pengantin baru iaitu Yana Samsudin atau nama sebenar Norliana Samsudin dengan pasangannya Fadzil Zahari, merupakan adik kepada Farid Kamil. Akad nikah dengan sekali lafaz itu berlangsung di kediaman keluarga Yana Samsudin di Yong Peng, Johor.

Yana Samsudin kelihatan manis apabila bertudung .
Jom tengok gambar sekitar majlis akad nikah berlangsung.

*Klik gambar untuk lihat lebih besar*


 


 

 

 

 






Kredit gambar super ohsem: Project2Pi




Read More