Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #24: I Overreact When I Lose Things




P/s: Aku pun kadang-kadang macam nie jugak.. Cari barang merata-rata sambil mulut bising, padahal barang tu depan mata jew.. HAHA..#siapa sama macam saya sila LOIKE!

Mahu minuman Mountain Dew dengan percuma? Sila klik sini dan sini



Read More

Tuesday, February 28, 2012

Promote Twitter | Versi Doodle










P/s: Seharian kalau aku tak tweet tak sah.. At least sekali pun jadilah.. HAHA.. Nampaklah kemaruknya aku dengan twitter  



Read More

Entry Bergambar | Jalan-Jalan




Hai semua..

Haah, apa rindu aku?? Relex relex.. Aku tak kene culik atau pun larikan diri ke mana-mana pun lorh.. HAHA... #AYAT MINTAK PENYEPAK Oke! STOP daripada perasan Tikah oii.. Tah-tah takde orang peduli pasal aku pun.. Aku jew PERASAN LEBIH!. Sobb sobb.. #Sambil kesat air mata.. HEEE~~
___________________________________________

Actually entry ini aku hanya nak post antara gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa aku bawa classmate aku datang melawat Bandar Melaka.. Plus bawa dye jumpe boy dye yang sekian lamanya tidak berjumpa.. #Acehhcehh

Malas cakap banyak, sila scroll bawah and bawah untuk lihat gambar yang di ambil sepanjang satu hari tu :)
|
|
|
|
|
|

Gambar masa kat McD Dataran Pahlawan, Melaka

Dinie bersama "bf"nye.. HEE
Gambar masa di Masjid Selat, Melaka. Masa nie juga aku terjumpa dengan Wardina. Huuh, terkejut sekejap! HAHA... Seriusly, dye cantik orangnya. Dan yang penting, dye lemah lembut dan sopan santun terutama pada mereka yang tua.


1.2...3... SMILE :)



Dinie bersama kak Wardina.

Kat bawah nie pula gambar pemandangan di sekitar Masjid Selat, Melaka.. Maaf, tak cantik mana pun..HEE








Tak banyak mana pun gambar yang aku ambil. Masa kat Masjid Selat Melaka tu pun dah lewat petang... Dengan bateri camera yang sudah nyawa-nyawa ikan, lagi sikitlah aku ambil gambarkan?? HEHE.. Lupe mahu charge itu bateri lorh..

Itu sahaja. Bye bye..



Read More

Saturday, February 25, 2012

DIGIMON | Kartun Masa Zaman Sekolah



Hai semua.. Salam pagi sabtu..

SABTU Oke! Bukan JUMAAT atau pun RABU.. HEHE.. Selalunya pagi Sabtu, siaran apa yang dimainkan di televisyen?? Kalau tak tahu pergi 0n televisyen yang ada sekarang.. #kalau korang baca entry nie pagi la.. hehe.. Haa, dah tahu kan?? Apa? Drama? Aish, bukan-bukan. Itu korang pergi buka siaran astro Ria buat apa.. Maksud aku buka siaran tv1 ke, tv 2 ke atau pun tv 3. Ala, siaran tempatan punya..

HAHA.. Apelah..siaran kartunlah.. Yewla, hari sabtukan hari cuti sekolah hujung minggu. Masa-masa macam nie lah macam-macam cerita kartun bersiaran. Kartun dalam bahasa melayu tu sudah semestinya ada. Ada kartun yang bahasa cinalah, bahasa inggerislah. Bahasa Jepun and korea pun ada kadang-kadang. Tapi setakat nie aku tak pernah tengok kartun bahasa tamil.. HEHE

Oke, jom scroll bawah lagi... Kat bawah ade contoh kartun yang aku selalu tengok.. Heee
|
|
|
|
|



Siapa kat sini suka dengan kartun Digimon?? Yew, Digimon yang macam dalam gambar kat atas nie.. HEHE... Aku salah satu peminat kartun Digimon. Tak percaye? Sila percaya sebab ini fakta oke!! HAHA

Kartun nie dah lame dah disiarkan kat televisyen. Sekarang aku tak tahulah ade lagi kew tak. Digimon nie popular masa aku sekolah rendah dulu kot. HEHE.. Bila nak start jew Digimon, mulalah aku menghadap depan televisyen kat rumah tu.. Dan yang pasti, remote control aku yang pegang... HAHA.. 

So, antara banyak-banyak Digimon aku suka yang nie.....


Yang sebelah kiri namanya Chibomon dan kanannya DemiVeemon..Nie gambar masa mereka kecil lagi.. Haa, tolong cakap comel..Kalau tak aku cubit sampai lebam... HAHA... Gurauan di situ. :P

Kalau nak senaraikan, memang tak lah kan.. Semua Digimon yang ada cumill-cumill belaka.. Rasa macam nak minta pinjam seminggu jew.. HAHA..Ok. Itu mustahil lah kan.. Walaupun itu hanya karton, tapi kadang-kadang aku rasa macam real jew.. Alarh, maklumlah.. Otak kanak-kanak masa tu.. Hewhew..

Okelah.. Aku nak pergi sambung tengok cite Digimon sekejap. Ehh, bukan kat televisyen. Kat youtube sudah.. HEEE, bye bye



Read More

Thursday, February 23, 2012

Happy Anniversary To My Parents




Hai semua.. 

Terutama sekali sorry to all my reader sebab entry semalam aku tulis dalam keadaan yang emotional sedikit. Normallahkan marah sebab entry di copy oleh blogger lain. Itu pertama kali entry aku di copy oleh blogger lain tau.Heee..But now, aku dah oke #kot. Aku maafkan adik yang copy entry aku tu. Tapi ingat, jangan buat lagi tau :)
___________________________________________________

Stop cerita pasal "Si Copycat". Now, entry aku nie khas aku tujukan kepada parents aku yang berada kat rumah sekarang. Nak tahu kenape?? Sebab aku nak wish........



HAPPY ANNIVERSARY TO MY PARENTS!!

Actually, semalam sebenarnya tarikh ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah aku. Tapi sekarang baru aku nak wish kan?? #Apa punya anak la kau.. Eh, malam sebelum aku dah wish oke. Just aku belum wish kat blog nie jew.. Hewhew..

To My Parents: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kali yang ke 18 tahun. Ika doakan ibu dan ayah kekal bahagia sampai bila-bila..Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan dan dimurahkan rezeki. Amin.. :)

Sedih sebab tahun nie tak dapat wish kat ibu and ayah depan-depan. Hanya dapat wish melalui telefon jew. Tapi takpe, balik minggu nie ade something special.. HEHE.. Tunggu..

P/s: Tak lupe juga kepada Kak Ira. HB tau.. May Allah always bless you. Birthday akak ika senang ingat sebab sama dengan tarikh anniversary ibu dan ayah.. :))



Read More

Wednesday, February 22, 2012

Kisah Si "COPYCAT"





Nampak spangebob kat atas nie?? Macam tu lah aku rasa sekarang..Geram+marah+bengang and macam-macam lagi lah yang bercampur baul. Ikutkan rasa macam nak pergi cari orang tu, minta lesen macam polis traffik tahan orang kat tepi jalan tu..

Kenape marah-marah nie?? EHh, aku tak akan marah kalau takde sebab. Dan kalau sebab itu munasabah lagi still boleh diterima. Tapi nie entah la. Rasa macam tak munasabah. Kalau korang pun maybe still rasa perasaan yang sama macam aku rasa sekarang.

COPYCAT!!! Tahu apa itu copy cat?? Tipu la kalau tak tahu apa itu copycat.. Nak tahu pergi search Pakcik Google sendiri.. Not in mood nak terangkan kat korang apa itu copycat.

Aku selalu dengar blogger merungut pasal blognya di copy oleh manusia yang tidak faham bahasa "TOLONG JANGAN JADI COPYCAT". Dan sekarang turn aku pulak untuk merungut..Yeah!! Best dohh.. 

Korang baca entry aku yang nie "Hari Kekasih HARAM Disambut" dan baca pula entry si copycat "Jangan Sambut Valentine Day Tau!" . Dah baca?? Nahh, amek kau! Sebiji telur itik dye copy aku punya entry. Hanya tajuknya sahaja ditukarkan. Aku jumpa entry tu pun masa aku blogwalking ke blog followers aku. Haah, tertangkap sudah!!

Kepada si COPYCAT: Sebagai seorang blogger, tolonglah hargai blogger yang lain. TOLONG jangan COPY entry blogger yang lain. OK! Fine kalau anda mahu copy juga, sila bagi tahu si pemilik blog itu. Jangan main copy terus tanpa minta izin atau bagitahu pun. Kalau entry anda pula di copy, sudah tentu anda juga angin satu badan kan?

P/s: Sebab tulah aku rasa macam nak minta lesen macam polis traffik tahan orang kat tepi jalan tu. Bukan lesen motot atau kereta. Apakan lagi lesen lori atau bas. Aku hanya nak minta lesen kebenaran untuk meng'copy' entry orang! Ade faham!



Read More

Tuesday, February 21, 2012

Mencuba Sesuatu Yang Baru - Craft





Hai semua..

Nampak gambar kat atas nie?? Cumill kan?? Macam aku..Ayat perasan di situ..HAHA.. 

Oke, sekarang nie aku dalam proses nak belajar buat craft. Yew, craft macam gambar kat atas nie.. Tapi boleh ke aku buat se'cumill' gambar kat atas nie?? #Tanda tanya di situ.. HEHE.. InsyaAllah aku akan cube buat se'cumill' macam gambar kat atas nie..

Barang yang aku tempah pun dah selamat sampai di tangan aku.. Tq to Fatin Farah De Craft atas barang yang dijual.. Cantik potongan LOVE tu.. HEEE

Seperti yang korang semua tahu, nak belajar sesuatu yang baru bukan mudahkan? Tak semudah yang kite sangke. So, nak jadikan ia mudah, kite kenelah banyakkan mencuba dan mencuba. InsyaAllah akan jadilah seperti mana yang dimahukan ataupun lebih bagus daripada yang dimahukan.

 Harap dapat menghasilkan satu dan lebih craft yang cantik dan cumill. InsyaAllah kalau kali nie menjadi, nak try buat craft yang baru pula..HEHE

Nie salah satu craft yang simple dan cumill <3
Mahukan Nikon DSLR? Klik sini dan sini



Read More

Sunday, February 19, 2012

Melancong | Inspirasi Baru



Hai semua..

"Tak semestinya kite melancong, hanya untuk makan angin. Kite boleh juga mencari inspirasi baru kat tempat orang lain"
Faham apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas? Kalau tak faham, jadikan ia faham. FAHAM!! Hehe.. Gurau jew..

Oke, ayat nie aku cilop dari Pakcik Teksi yang aku naik masa nak balik hostel tadi. #Pakcik, saye pinjam tau ayat pakcik nie.. Hehe.. Jangan marah.. Sebelum tu aku nak cakap, antara banyak-banyak driver teksi yang pernah aku naik, Pakcik nie yang paling baik kot yang pernah aku jumpe. Bukan baik sebab dia bagi tambang free, tapi cara dia bercakap dan layanan yang diberikan bagus. Yewla, sesetengah teksi tu, mak ai.. Gatalll nak mampos. Aku paling benci driver teksi yang gatal, penipu, bawak teksi main-main and macam-macam lagilah. Rasa macam nak bagi penyepak -___-

Stop cerita pasal Pakcik teksi. 

Siapa kat sini setuju dengan ayat di atas? Sila angkat kaki kanan. HEHE.. Oke, aku secara jujur aku pun setuju dengan apa yang Pakcik itu cakapkan. #Sambil angkat kaki kanan.. Melancong? Sudah tentulah korang akan melancong luar dari kawasan korang kan? Mana ada orang melancong dalam kawasan sendiri. Itu bukan melancong namanya. 

Yew, salah satu sebab melancong ialah untuk beristirehat dan makan angin di tempat orang. Tapi melancong juga kita boleh jadikan sebagai salah satu cara untuk kita mencari inpirasi atau idea-idea baru di tempat orang. Bukan mencuri idea, tetapi untuk menjadikan sebagai contoh. 



Sebagai contoh yang paling simple, seorang pelukis. Sudah tentulah mereka memerlukan idea yang banyak untuk melukis.. Takkan nak dok melukis muke-muke korang jew.. Jemu.. HAHA..


Contoh lain, seorang photographer. Bagi mereka yang bergelar photographer, sudah tentulah mereka mahukan tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan tempat shoot mereke. Kalau shoot tempat yang sama jew, boring jugak. Asyik hadap bende yang sama jew kan.. HEEE

Dan banyak lagilah contoh lain. So, kalau korang melancong tu jangan dok shopping jew. Sambil-sambil tu hayati persekitaran. Mana tahu, kot tibe-tibe dapat idea baru. Korang jugak yang gune idea tu nanti.. Kan?

Manfaatkan sesuatu itu selagi kite boleh memanfaatkannya..HEE.. Bye bye



Read More

Friday, February 17, 2012

Doodle Untuk Birthday Girl Kite



Hai semua..


Nampak tak doodle kat atas nie?? Hehe.. Ehh, nie bukan untuk korang.. Bukan-bukan.. Korang punya nanti aku buat.. Tapi yang nie special for my birthday girl iaitu Miera..

Siapa itu Miera?? Dia roomate sehidup semati aku lorh.. hewhew...

Sorry yew Miera. Gambar nie jew yang ada dalam fon Tikah ^^

HAPPY BIRTHDAY MIERA!!
 #kali ke berape wish pun aku tak tahu.. HAHA

To Miera: Doodle nie Tikah buat khas untuk Miera tau.. Sekali gus nie hadiah untuk birthday Miera.. Hee, sorrylah kalau tak comel macam Miera nak.. Ini jew yang mampu Tikah buat..Insya-Allah nanti Tikah buat doodle couple Miera dengan Aman pula.. OKE!  

Thats all for today. Bye bye..

P/s: Semenjak reti buat doodle nie, inilah keje aku. Buat doodle buat doodle.. Hehe..




Read More