Friday, August 22, 2014

#MalaysiaBerkabung




- Kita merancang, Allah juga merancang.
Tetapi Allah adalah sebaik-baik yang merancang -



Read More

Tuesday, August 12, 2014

Siapkan Order





Alhamdulillah, tempahan yang diterima makin banyak. Siapkan order sampai ke pagi. Masuk kerja pula dengan mata tak cukup tidur. Hahaha.

Sayang customer punya pasal, semua boleh 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus whatsapp ke no 017-3050597. 




Read More

Monday, August 11, 2014

Raya 2014: Menu Raya



Setiap kali Hari Raya tiba, makanan yang menjadi tradisi dan bagi sesetengah orang wajib ada untuk hari Raya adalah rendang, ketupat, lemang dan lontong.

- Gambar sumber pakcik Google-

Rendang adalah salah satu menu wajib ada pada hari Raya. Tidak kira rendang ayam, daging mahupun kerang. Tahun ini ibu ayah memilih untuk rendang ayam. Seperti biasa, rendang ibu antara yang special daripada orang lain punya. Hehe

- Gambar sumber pakcik Google-

Ketupat pula tidak la ketupat yang dianyam. Hanya ketupat segera yang dibeli di pasaraya. Haha. Kita ni mana pandai nak menganyam ketupat. Makan sahaja tahu. Kehkeh

- Gambar sumber pakcik Google-

Lemang is my favorite for ever and never. Tahu makannya sahaja, buatnya tidak. Haha. Ibu ayah kurang gemar makan lemang. So kalau ada lemang kat rumah tu, memang sah sah anak mereka yang satu-satunya ini yang nak makan lemang. Hehe

 [kuah+lodeh.JPG]
- Gambar sumber pakcik Google-

Selalunya ibu masak lontong untuk hari raya haji. Kira memang jarang-jarang sekali ibu masak lontong untuk hari raya puasa. Tapi kalau anak dia ni nak makan, dimasaknya jugak. Hee

- Gambar sumber pakcik Google-

Untuk hari raya kedua dan ketiga biasanya ibu akan buat menu lain. Antaranya ialah mee hun sup. Ohh, my favorite lagi. Haha. Macam mana badan tak naik? Makan sedap memanjang 

Korang pula bermenukan apa untuk hari raya? 




Read More

Thursday, August 7, 2014

Raya 2014: Hiasan Hari Raya


 

Nama pun Hari Raya. Sudah semestinya rumah akan dihiasi dengan hiasa hari raya seperti sampul duit raya, hiasan gubahan bunga, dan pelbagai lagi yang cantik-cantik. Semuanya dihias rapi untuk kelihatan cantik pada hari raya nanti.

Salah satu hiasan yang paling menarik untuk raya tahun ini and for me sangat kreatif ialah sangkar burung berlampu. Siapa lagi kalau bukan idea ayah. Hehe. Katanya, daripada terbiar sangkar burung yang kosong itu, baik hiaskan dengan lampu lip lap lip lap. Haa, nampak meriahnya.


See? Cantikkan? 

Tidak terlupa juga pada satu sudut yang penuh dihiasi dengan kad raya.


Terima kasih pada semua blogger yang mengirim kad raya. Sangat cantik. Hehe.

Ada sesetengah orang, mereka mahu menghiasi rumah mereka dengan semuanya serba baru. Langsir baru, perabut baru, itu ini baru. Ushh, raya sakan tu. Haha. Cukup sekadar sederhana dan menggunakan barang yang sudah ada. Cantik lagi apa. Hehe

Korang pula hias rumah bagaimana? Hehe

P/s: Kad raya ada yang belum pos lagi. Mana tidak, bagi details selepas pada masa yang ditetapkan. Maaf ye 
 


Read More