Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #18: Abang Dan Adik



Klik sini dan sini dulu, Tq



P/s: Mereka berdua mempunyai kekurangan..Walaubagaimana pun, kekurangan itu bukan menghalang kasih sayang seorang abang dan adik  





Read More

Tuesday, November 29, 2011

Jom Santai Bersama VITA-C



Klik sini dan sini dulu, Tq


Abaikan tanda harga di atas ..

Hai semua.. 

Haa, nampak VITA-C kat atas nie?? Kenapa namanya VITA-C?? Mungkin sebab kaya dengan vitamin c kot...Haha..

Siapa kat sini suka makan gula VITA-C?? Sememangnya sedap woo...Lebih-lebih lagi perasa lime flavor...Memang makan sambil berkerut muka..Kenapa?? Sudah tentulah lime flavor masam kan? hehe..

Aku start belajar makan VITA-C nie pun masa aku dalam kem PLKN dulu..Itu pun kawan baik aku Gun Wei Chin yang ajar aku makan gula nie..Seriusly first time aku makan gula nie muka aku berkerut 1000.. Haha. Teruk an??

Aku makan VITA-C nie masa aku hendak hilangkan mengantuk daripada mendengar ceramah yang entah apa-apa yang mereka cakapkan..Kang kalau tertanggap terlelap, tak pasal-pasal kene panggil bagi ceramah kat depan.. Haha

Sampai sekarang pun aku still makan VITA-C lime flavor untuk hilangkan mengantuk kalau dalam kelas..Setiap kali makan VITA-C, mesti teringat sama my sayangg Gun Wei Chin..Huu, miss you so much la sayangg

Oke lah.. Aku suka lime flavor..Korang pula?? Yewla, lain orang lain cita rasanya kan?? Hehe.. Bye Bye

P/s: Teringat masa kat kem PLKN dulu...Rindu kawan-kawan company Alpha  




Read More

Sunday, November 27, 2011

Tak Minat Jadi Minat



Click sini dan sini dulu, Tq

Mula kegembiraan :D
Hai semua..Salam malam Ahad...

Haaa, malam nie perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Bahrain sedang berlangsung nie...Korang tak tengok kew?? Aish, rugi tak tengok...Apa yang ruginye?? Entah

Sebelum itu aku nak tanya, korang yang tengok perlawanan bola sepak nie memang suka dan minat erk terhadap bola sepak??? Beribu-ribu orang menonton perlawanan nie tak kiralah kat stadium atau pun di televisyen pun...

Aku yang tonton nie?? Hee, secara jujurnya dulu aku memang tak minat langsung dengan bola sepak nie...Apa-apa perlawanan pun aku tak amik tahu...Peduli apaa aku.. Haha

Tapi sekarang lain ceritanya...Haha..Dari tak minat terus jadi minat...Dari tak tahu siapa itu Muslim, aku jadi tahu...Yang aku tahu cuma gol keper Malaysia iaitu Khairul Fahmi...Haha..Siapa tak kenal dengan Apek an.. 

Nie semua disebabkan classmate dan juga roomate akulah...Mereka yang telah buat aku jadi minat dengan bola sepak nie.Terutama classmate aku, Syuhada Hashim...Dia memang fanatik gila dengan bola nie...Lebih-lebih lagi kalau ada Muslim Ahmad..Haha

Mana taknye, setiap kali ada perlawanan bola sepak yang membabitkan Malaysia, bilik akulah yang menjadi tempat untuk menonton perlawanan itu...Siap speaker tau.. Haha

Tapi malam nie aku hanya menonton perlawanan itu seorang diri di rumah..Mana ayah aku?? Hee, ayah aku tak minat bola...Haa, terbalikkan..Ayah tak minat bola, tapi anak perempuannya minat bola.. Apa pun tak boleh

OKE lah..Aku nak sambung tengok perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung tu..Lagi bersemangat apabila gol pertama dijaringkan oleh Si Kecik kite iaitu Nazmi..Yeah, keci-kecik cili padi...LOve You Lahh..

P/s: Go Harimau Malaya GO!!!


Read More

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Click sini dan sini dulu, Tq


Hai semua... Salam malam sabtu dan Salam Maal Hijrah semua..

Huuh, tahun baru Islam baru membuka tirai...Apa azam baru korang untuk tahun ini??Takkan sama jew dengan tahun-tahun sebelum nie..Mesti ada perbezaan setiap tahun right?? 

Aku?? Insyaallah aku berazam tahun nie untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendalam segulung sijil diploma dan kalau boleh segulung ijazah, mentaati perintah ibu bapa dan berusaha untuk menjadi anak yang boleh membanggakan ibu bapa aku..Hehe, itu memang azam aku untuk setiap kali masuk tahun baru...

Azam lain?? Hurmm, nak cari pasangan hidup baru..Yang boleh menjadi penaman hidup ku dikala aku susah dan senang..Haha...Ayat tak boleh blar an...

Issh, tak mau dehh..Itu hanya kata-kata dari mulut aku sahaja...Just joke maa...Buat masa nie aku tak fikir lagi untuk ada perasaan sayang ke cinta ke ape ke..Yang aku tahu sekarang nak kejar cita-cita dulu..Cintan-cinton nie belakang kira..

Oke laa.. Azam, azam juga... Jangan cakap jew lebih, tapi tak pernah untuk berusaha mencapai azam tu.. 

SALAM MAAL HIJRAH 1433H.. Bye Bye

P/s: Nak beli handphone baru itu dikira azam tahun baru kew?? hehe



Read More

Friday, November 25, 2011

Satu Penyeksaan




Click sini dan sini dulu, Tq


Hai semua..Salam malam jumaat..

Ehh, korang pun tengah tengok separuh akhir muzik-muzik kew?? Hee, samalah kita..Saingan agak hebat jugak la malam nie..Tapi nasib baik pemilihan lagu dipilih berdasarkan keputusan juri..Kalau ikut undian penonton, pehh tak payah cakap..

Kadang-kadang lagu yang tak layak tapi layak masuk peringkat akhir..Biasalah penonton memilih berdasarkan artis itu sendiri...Kalau cun artis tu, banyaklah undian..Alarh, biasalah dunia hiburan..Tak boleh lari dari bende tu semua.. Kan?

OKE, entry aku malam ini bukan pasal separuh akhir muzik-muzik..Itu just mukadimah untuk entry aku malam nie..Hehe, jangan marah yew.. Smile sikit..Haa macam tu baru cute

Haa, korang kat sini pernah naik komuter tak...Tak kesahlah naik dari mana pun, tapi pernah naik tak?? Kepada mereka yang pernah naik meh sini aku nak temu duga korang..Haha, siaplah korang...

Aku just nak tanya, apa pendapat korang tentang komuter?? Best kew tak naik komuter nie?? Lagi best naik komuter atau naik LRT?? 

Aku tak reti nak describe komuter nie macam mana..Yang pasti, bagi aku naik komuter sememangnya tak best langsung..Aku harap tadi adalah kali terakhir aku naik komuter...Lebih better naik bas dari komuter..

Aku bukan nak kutuk komuter...Tapi dah memang kenyataan..Dahlah padat nak mampus dalam tu, dengan airconnya tidak dipasang...Pehh, panas sehh..Aku tak tahulah kalau aircon memang ada pasang ke tak...Kalau pasang pun serupa tidak pasang..

Faham-faham jew laa kalau dah padat macam tin sardin tu dengan aircon yang tak terasa tu, ofcause macam-macam bau ada..Fuuh, aku rasa macam nak spree perfume masa tu...Haha

Aku tak peduli lepas nie aku nak naik bas jew kalau balik cuti..Tak mau naik komuter...Satu penyeksaan bagi aku..Haha..Tapi tak tahulah ia satu kegembiraan bagi korang..


OKE, nak rehat dulu.. Penat tadi tak hilang lagi..Bye Bye..



Read More

Thursday, November 24, 2011

Kelas Mandarin



Click sini dan sini dulu, Tq


Hai Semua..

Sebelum aku start merapu untuk entry aku kali nie, aku mahu tanya satu soalan dulu..Siapa antara blogger-blogger kat sini yang fasih dan mahir berbahasa Mandarin??..

Kepada orang Cina tak payah tanya laa...Sudah tentu mereka fasih dan mahir dengan Bahasa Mandarin nie..Itu bahasa yang mereka gunakan tiap-tiap hari..Terutama apabila bercakap sesama mereka..

Tetapi tak semua tau orang Cina fasih dan mahir Bahasa Mandarin nie..Sebenarnya hari ini merupakan kelas pertama Bahasa Mandarin aku untuk Sem 2 nie..Dalam kelas aku tu still ada budak Cina yang ambil subjek Bahasa Mandarin nie..

Apabila di tanya lecture kenapa ambil subjek Mandarin nie, dia cakap dia tak pernah belajar Bahasa Mandarin nie..Pelikkan, jarang jumpa orang Cina yang tidak tahu Bahasa Mandarin nie...Tetapi itulah kenyataannya..Mungkin dalam family dia guna bahasa lain..Mungkin Bahasa Melayu ke? Hehe

Pada mulanya aku ada terfikir juga mahu ambil subjek Bahasa Jepun daripada Bahasa Mandarin nie..Tapi setelah fikir-fikirkan balik banyak juga kelebihan Bahasa Mandarin nie..Salah satunya kemudahan untuk kita apabila mahu mohon kerja nanti..

Seperti yang korang semua tahu, kebanyakkan company sekarang taokenye orang Cina..So, ini merupakan satu kemudahan untuk korang bekerja dengan company orang Cina..Dan korang boleh faham apa yang diperkatakan orang Cina..Manalah tahu diaorang mengumpat orang Melayu ke..At least kita tahu apa yang diperkatakan an? hehe

So, aku tak mahu lepaskan peluang belajar Bahasa Mandarin nie..Walaupun ramai cakap senang, tapi nak mencuba sesuatu yang baru agak sukar juga..Hope semuanya oke..

P/s: Aku tabib dengan lecture aku nie..Dia berkelulusan dari Hiroshima, Japan tuu..huhu



Read More