Saturday, November 29, 2014

Serai Daripada Sudut Kesihatan




Serai atau nama saintifiknya Cymbopogen Citratus, merupakan salah satu tumbuhan herba. Dari sudut kesihatan, serai merupakan salah satu pengubat untuk pelbagai jenis penyakit. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu.

Demam & selsema: 
Tumbuhan serai mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba.Serai juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam. 

Sembelit:
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

Senak perut:
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya. 

Angin dalam perut:
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.  

Senak perut:
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.

Info selebihnya korang boleh rujuk Sumber.

For me, serai sangat sedap bila dimasak lauk. Antara lauk kegemaran yang aku suka, sambal serai telur puyuh, sambal serai ayam, sambal serai daging, ikan bakar berintikan sambal serai, rendang extra serai dan asam pedas extra serai. Kalau ibu dapat request daripada anak dia ni nak makan lauk asam pedas, ibu akan buat special punya iaitu extra serai. Sedappp oiii. hehehe

P/s: Esok macam nak masak sambal serai telur puyuh. Hehe

SINI SINI




Read More

Friday, November 28, 2014

Menu Setiap Hari


Semenjak duduk rumah sewa, bukan main rajin nak memasak itu ini. Kiranya untuk breakfast dan lunch mesti akan bawa bekal. Haa, secara tak langsung dapat berjimat. Ye dok? hehe

Baru masuk rumah sewa ni dalam dua minggu. So, barang dapur belum lengkap semuanya. Tapi alhamdulillah Econsave dekat dengan rumah. Kira one way untuk pergi dan balik kerja. Kalau terasa ada benda kurang dan nak beli, apa lagi singgah Econsave la jawabnya. hikhik

Dalam diri sudah tekat, say no to nasi dan lebihkan makan sayur-sayuran. So pergi Econsave borong sayur sahaja la. haha


Inilah menu breakfast, lunch dan kadang-kadang untuk dinner. Kenapa kadang-kadang? Sebab bila dah balik kerja lambat, memang sampai rumah dalam kepala fikir 'nak tidur' sahaja. Haha



Bawah ini pula menu lunch tadi. Nasib rumah dekat dengan tempat kerja. Sempatlah balik masak. Hehe

Maaf kalau gambar-gamabr di atas buat anda semua terliur. hikhik 




Read More

Thursday, November 27, 2014

Photography: Konvokesyen UTM Ke-53



Tempat: R&F Tanjung Puteri & Hutan Bandar, Johor Bahru
Tarikh: 2 November 2014







Gambar selebihnya akan diupdate di   https://www.flickr.com/photos/ekatikah_photography/ 



Read More

Wednesday, November 5, 2014

Wordless Wednesday #51: Officially Graduated!




Diploma dalam jurusan Sains Komputer ( Multimedia )
Universiti Teknologi Malaysia, UTM



Read More

Sunday, October 26, 2014

Muffin Chicken & Cheese



Hari ini rajin nak masak. So semalam ajak ibu beli bahan-bahan semua. Lets roll. Hehe
Bahan-bahan:
 Isi ayam atau nak senang guna sosej.
 Bawang putih dan bawah merah ( dicincang )
 Cili api dan cili hidup
 Serbuk black paper
 Kepingan keju
 Magerin
 Telur

Cara-cara:
 Tumiskan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, isi ayam/sosej, cili api dan sedikit garam. Kemudian ketepikan.
 Sapukan acuan dengan sedikit magerin.
 Pukul telur dan curahkan ke dalam acuan sedikit demi sedikit. 
 Kemudian isikan bahan yang ditumis tadi ke dalam acuan yang sudah dicurahkan telur.
 Taburkan cili hidup dan kepingan cheese serta taburkan serbuk black paper. 

Hasilnya, taraaa 


P/s: Hari ini birthday girl rajin masak itu ini. Siapa datang rumah dapatlah merasa. Hehe



Read More

Saturday, October 25, 2014

Tukar Kerja



Pindah rumah semestinya akan bertukar kerja juga. Suasana, orang di sekeliling semuanya berubah.

Bekerja di bahagian yang sama dan latar belakang syarikat yang sama iaitu sebagai designer di sebuah syarikat pengiklanan. Walaubagaimanapun, kerjanya ada sedikit kelainan daripada yang sebelumnya. Waktu kerja juga lebih teratur daripada yang sebelum ini. 

Dikelilingi hampir semuanya orang berbangsa Cina dan seorang berbangsa Melayu, aku menjadi kekok untuk bergaul dengan mereka semua. Usia aku semestinya antara yang termuda antara mereka semua.

Masa rehat adalah yang sangat perit aku rasa. Dengan tiadanya tempat solat, aku terpaksa keluar mencari surau berdekatan. Untuk menjimatkan masa rehat yang diberi 1jam itu, aku makan bekalan yang ibu bekalkan dalam kereta. Sedihkan?

Maklumlah syarikat cina, hari cuti-cuti penting mana ada cuti. Depavali, Awal Muharram? Kerja tau. Ikutkan hari ni aku ambil cuti sendiri tolak gaji.

Nak dibandingkan tempat kerja yang dahulu jauh lebih bagus sebenarnya daripada kerja yang sekarang. Syarikat orang melayu, suasana yang ceria, tempat solat semestinya disediakan dan macam-macam lagilah. Tidak kisah balik lambat sekali pun, janji buat kerja dengan senang hati. Serius rinduuu akak abang dan suasana kerja di sana .





Walaupun sudah bekerja, aku masih lagi mencari mencari dan terus mencari kerja yang lebih bagus dan semestinya terjaga daripada yang sekarang. InsyaAllah, pintu rezeki Allah beri dimana-mana sahaja.

Hope jumpa kerja yang sesuai. Amin.

P/s: Entri lalu aku menceritakan mengenai pindah rumah. Walaubagaimanapun, entri itu telah aku delete atas sebab-sebab tertentu. Pada mereka yang sempat baca, mungkin mereka tahu kenapa aku berpindah.



Read More

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H


 


Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1436H

P/s: Buka buku baru. Berhijrah kepada yang lebih baik. InsyaAllah :')
 


Read More

Friday, October 17, 2014

No Title





Sepanjang menyepi dari berblog, banyak perkara yang berlaku. Daripada sedih hinggalah ke berita gembira. Daripada duka hinggalah suka. Eh? Hehe

Bila dah lama tak menaip, jari and idea nak menulis jadi membeku. Tak tahu nak mula dengan apa. Tak tahu ada ke yang masih sudi baca blog picisan ini.

Mungkin dahulu salah satu sebab blog tidak terusik kerana busy dengan kerja daripada Isnin ke Ahad. Dengan kerja part time sebagai crafter lagi. Waktu tidur malam tidak menentu. Makan minum tidak dihiraukan. Maklumlah, hidup berjauhan dengan keluarga. Cehh. Hehe

Bila sudah berpindah duduk bersamping keluarga tersayang serta bertukar kerja, hidup makin terurus. Waktu kerja juga sudah berubah kepada yang lebih teratur.

Haa, berpindah rumah? Berpindah tempat kerja? Hehe. Kalau nak cerita memang panjang berjeler. So tunggu next entry oke. 

Rindu korang semuaaa  



Read More