Tuesday, February 16, 2021

PKP DILANJUTKAN SEHINGGA 4 MAC 2021 DI 4 BUAH NEGERI


 Assalamualaikum. Hi.


Petang tadi, Menteri Kanan (Pertahanan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan terdapat 4 buah negeri yang akan dilanjutkan PKP sehingga 4 Mac 2021 iaitu negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. 

Mungkin peratus kes Covid di 4 buah negeri tersebut tidak ada penurunan atau masih terdapat beberapa kluster yang masih aktif.

Memang ramai yang terkesan sepanjang PKP ni. Oleh itu, kerajaan telah beri sedikit kelonggaran utk SOP PKP 2.0 daripada PKP 1.0 yang lalu. Memang kalau tengok sekali imbas, tiada banyak beza PKP dan PKPB yang sekarang. Apa-apa pun, tidak kira kite berada di mana, stay safe ok.



Read More

Tuesday, February 9, 2021

Giveaway Sii Nurul


 Assalamualaikum. Hi.

Rasanya dah lama sangat tak join Giveaway daripada rakan blogger. Hehe

*Klik banner untuk join*



Read More

Lotus Biscoff Brownies Bite


 Assalamualaikum. Hi.


Alhamdulillah. Topping Lotus Biscoff untuk Brownies Bite kami kini makin menjadi permintaan ramai. Haa, yang tengok ni tergoda tak? Hehehe


Tengok sahaja sudah tergoda, apakan lagi yang dah rasa. Filling dalam yang melimpah ruah, buatkan mereka yang pernah rasa sekali pasti nak repeat lagi. Hihi

Lotus Biscoff Brownies Bite kami terdiri daripada beberapa jenis seperti;


Original + Lotus Biscoff Brownies Bite


Nutella + Lotus Biscoff Brownies Bite


Full Loaded Lotus Biscoff Brownies Bite

Setiap daripada di atas mempunya harga yang berbeza. So far mereka yang dah pernah order, mesti repeat lagi. Kiranya kena dengan tekak la kan. Sebab biasanya Lotus Biscoff ni combination dengan cheesecake kan? Hehe

Buat masa ni Lotus Biscoff Brownies Bite hanya dibuka untuk tempahan delivery. InsyaAllah lepas-lepas ni baru kami open untuk tempahan luar. Ok.Hee





Read More

Friday, February 5, 2021

Cantiknya Intan Ladyana! Intan Ladyana Sah Menjadi Isteri Harris Alif


Assalamualaikum. Hi.


Perbezaan umur bukan penghalang untuk mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pelakon berbakat lagi cantik iaitu Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada pengacara dan juga penyanyi iaitu Harris Alif.

Pasangan ini bernikah di pejabat agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi tadi (5 Feb 2021) dan dinikahkan oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum. Mereka sepatutnya melangsungkan penikahan pada 6 Feb seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. Walaubagaimanapun mereka mempercepatkan pernikahan sehari sebelum bagi mematuhi SOP.

Harris memberi mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Intan Nurladyana Binti Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana dilahirkan pada 2 Jun 1982. Manakala Nor Harris Alif Bin Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999. Perbezaan umur 17 tahun ini tidak menjadi permasalahan bagi mereka untuk mendirikan rumah tangga. 


Tahniah untuk mereka.



Read More