Tuesday, June 8, 2010

gooD iDea!!!!...

Legakan hatimu Langkah pertama, khusus buat gadis – silakan masuk bilik dan menangislah sepuasnya . Ingat semua memori yang indah selama kamu berdua, kemudian menangis sampai kering air mata . Kalau perlu putar saja lagu – lagu sentimental biar air mata keluar lebih deras lagi. Buat hati kamu jadi lega. Bila sudah lega, tidur saja. Bangun nanti kamu akan lebih berasa segar sedikit.
Remember the bad things Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan kamu. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang kamu anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya kamu maafkan juga (dulu) kerana masih sayang .Setelah itu, kamu baca senarai yang baru kamu buat. Kamu bakal sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Kamu beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.
Bye Bye Bye Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih kalian berdua dulu. Mulai dari foto – fotonya, sehinggalah teddy bear yang dia berikan sewaktu Valentine. Ini penting, biar ingatan kamu cepat lupa segala kenangan bersama. Jika tidak, kamu akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala melihat barang-barang pemberiannya.
Berkumpul Bersama Teman Hindari menghabiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa kamu. Jemput teman-teman kamu ke rumah, sewa/beli VCD banyak-banyak dan menonton ramai-ramai. Kamu juga dapat mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa bersama teman-teman seperti waktu lalu.
Cari penganti ! Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya… , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan luas. Kumbang dan bunga bukan seekor. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin yang baru lebih baik dari yang lepas.
I will survive Dengarlah lagu “I will Survive” yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya… I will survive. As long as I know how to love I know I’ll be alive. I’ve got all my life to live. I’ve got all my love to give. I will survive.

Ya! Kehidupan perlu diteruskan… … …

Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru

0 comments: