Saturday, September 1, 2012

Lawatan Ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras


Sumber PakCik Google

Hai semua..

Alhamdulillah, pagi tadi telah berjalan dengan jayanya program lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras. Program yang berjalan dari pagi sehinggalah tengah hari ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehinggalah 12 tahun.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Comstar ini adalah bertujuan untuk membantu dan menceriakan kanak-kanak di rumah tersebut. Kanak-kanak disitu mempunyai latar belakang yang berbeza, juga mempunya ragam-ragam yang tersendiri.

Di rumah kanak-kanak Tengku Budriah menempatkan kanak-kanak yang berlainan bangsa, agama, dan negara. Means, kat situ juga ada kanak-kanak yang berasal daripada keturunan Vietnam dan juga berbangsa Negro. Kanak-kanak tersebut seperti sudah biasa dengan keadaan sekeliling dan mereka fasih berbahasa melayu. Mungkin mereka sudah dijaga disitu semenjak kecil lagi.

Serius, kanak-kanak di rumah itu agak nakal. Seperti yang aku cakap tadi, banyak ragam. Semasa kami menjalankan aktiviti, masih ada sesetengah kanak-kanak hanya mahu duduk bersendirian. Ada yang bergaduh. Gaduh mereka bukan gaduh biasa. Sampaikan bertumbuk, bersepak. Haa, bayangkan..

Walaubagaimana pun aku tak salahkan mereka. Malah aku simpati pada mereka. Pada usia yang agak muda, mereka sudah ditinggalkan ibu bapa mereka. Setiap kanak-kanak disitu mempunya masalah tersendiri.

Cuba bayangkan usia kita pada masa itu. Kite mendapat belaian manja, kasih sayang daripada ibu bapa. Mereka? Tidak dapat merasai itu semua. Kecil-kecil lagi mereka sudah hidup berdikari. 

Di rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah la mereka ini dibesarkan. Diberi makan minum, tempat tinggal dan pendidikan yang agak sempurna. Mereka semua sudah seperti keluarga, ada ayah. Walaupun ayah itu bukanlah ayah kandung mereka, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Kalaulah aku diberi peluang dan rezeki yang lebih, aku ingin membantu kanak-kanak disitu. Sekurang-kurangnya dapat meringankan masalah dan beban mereka. Aku dapat merasakan mereka sangat memerlukan perhatian dan pertolongan daripada orang ramai..

Akhir kata, aku sudah menganggap kanak-kanak disitu macam adik aku sendiri. Kalau diberi peluang sekali lagi, aku ingin bersama-sama mereka lagi. Dan sampai sekarang aku teringat akan kata-kata salah seorang kanak-kanak disitu yang bernama Aidil "Akak, nanti datanglah lagi" InsyaAllah dik, ada rezeki kite akan berjumpa lagi. 

P/s: Sayang mereka semua  

8 comments:

Unknown said...

timbul keinsafan diri...
kdg2 kita lupa erti syukur..

good job!

Everything's Everythings said...

Bagus sertai program-program mcm ni, kita akan lebih menjadi lebih bersyukur satunya.. thanks for sharing

MAY said...

blm ada pnglmn g tpt ni lg..

nuyui a.k.a miss YUI said...

suka p tmpt mcm ni.. byk aktviti..suka tgk mereka gmbira.

-meeSUPERGIRL- said...

sonoknye ...

CikTeddyCorner said...

cik plak yg sedih..harap depa tabah.InsyaAllah..

Unknown said...

salam.. tq fur coming to this home..may allah bless u n ur sincerity of this child...regards from rizal n rkk staffs....tq..

Unknown said...

tq fur coming to this home...may allah bless u n ur sincerity of our childrens...hopefully u can come again...regards from rizal n rkk staffs...