DUNIA BARU
PENGALAMAN BARU
Hujung bulan 3 yang lepas, berakhirnya gelaran diri sebagai seorang student Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sepanjang 3 Tahun sebagai student Science Computer Multimedia Universiti Teknologi Malaysia, pelbagai pengalaman manis pahit dapat dirasai.
Sekarang hidup sudah berubah. Tidak lagi duduk di hostel, satu bilik dua orang, tunggu turn nak mandi untuk ke kelas, gelak tawa rakan baik mahupun rakan sekelas, tidak lagi menghadap assignment yang menggunung, tidak lagi bersua dengan lecture yang pernah mengajar selama 3 tahun di sana dan pelbagai lagi. Semua itu memori yang tidak akan pernah padam sampai bila-bila.
Sekarang, bermulalah kehidupan baru. Semuanya hampir serupa tetapi tidak kesemuanya. Bangun awal pagi, membuat persiapan diri, masih menunggang motosikal ke sana dan ke sini. Apa yang tidak serupa? Yes, dahulunya membuat persiapan diri untuk ke kelas dan sekarang adalah untuk ke tempat kerja. Bukan sebagai pelajar, kini sebagai seorang pekerja.
Habis sahaja paper terakhir untuk final exam, dapat panggilan masuk kerja untuk minggu hadapannya. Alhamdulillah, rezeki di situ. Belum betul secara official tamat belajar, kerja sudah menanti. Nak tahu bagaimana dan kerja apa? Tunggu next entri. Hehe
Dahulu dan sekarang tidak jauh bezanya. Masa belajar dahulu, menghadap komputer or laptop berhari-hari dan juga sama seperti sekarang. Cumanya sekarang lebih fokus pada sesuatu. Semua kerja menggunakan komputer office. Laptop peribadi tersimpan rapi dalam beg. Hekhek
Moga dipermudahkan semua urusan. Niat kerja mencari pengalaman dan rezeki yang halal dengan redhaNya. Doa daripada ibu bapa di kampung tidak putus-putus untuk satu-satu anaknya ini. InsyaAllah pandai jaga diri di tempat orang, semuanya akan baik-baik sahaja.
P/s: Ini belum secara official Merdeka. Selagi belum tiba hari graduasi, itu belum betul-betul Merdeka. Ada faham? Haha
9 comments:
wahh! tahniah yerr *__*
-www.AImanAziz.com-
wahhh... untunglah dah dapat kerja terus. kak mia dulu.. menganggur sekejap dalam 3 bulan.... hihihi
murah rezeki..cpt dpt kerja =)
Good luck yer. Keje baik2...
Semoga dipermudahkan segala urusan (^^,)
*Singgah menabung mr.nuff. Boleh klik balik sini: Internet Is Your Life.TQ.
Tahniah & Best of luck in study :)
NEW ENTRY : BACA NOVEL
selamat menempuh alam pekerjaan :)
Salam singgah sini..
Good luck in ur life taw. Hee
Pasni mesti akan rindu2 zmn2 tu kembali
rezeki.. blum grad dah dpt kerja.. tahniah..
Post a Comment