Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk 3 minggu aku menceburi alam pekerjaan. Bekerja sebagai Graphic Designer di sebuah syarikat swasta di Kajang, merupakan cabaran hidup yang baru yang akan aku lalui sendiri.
Permohonan kerja yang tidak dirancang. Lepas sahaja satu paper untuk final exam, hati tergerak untuk memohon pekerjaan secara online. Niat dalam hati hanya satu, taknak menganggur lepas habis exam nanti.
Resume yang dibuat mengejut dengan meletak gambar paling cute berukuran passpord itu dihantar tanpa berfikir panjang. Pada hari yang sama juga, dapat panggilan untuk diinterview. Pada masa itu, rasa nak melompat atas katil, menjerit dari tingkat paling atas. Excited punya pasal.
Tanpa berfikir panjang, jam 4 petang temu janji dibuat.
Datang dengan berbekalkan sehelai salinan resume dan softcopy artwork yang pernah dibuat sebagai bukti hasil kerja.
Potpet potpet, selepas diinterview, dimintanya pula untuk mendesign sesuatu mengikut yang diminta. Agak cuak sebenarnya. Maklumlah, tak praktis terus buat. Haa, tak ke menggigil tangan ni pegang mouse.
Lepas seminggu lebih berlalu, dapat panggilan daripada syarikat tersebut. Rasa nak sujud syukur masa itu juga. Alhamdulillah, permohonan kerja diterima. Kalau ikutkan, hari esoknya sudah diminta untuk hadir bekerja. Ushh, cepatnya. Paper final exam tinggal lagi dua. So, minta start Isnin minggu hadapannya.
Dipendekkan cerita, Isnin depan tu datang kerja dengan berbaju kurung biru. Pada saat itu, minit itu, bermulalah cabaran baru dan pengalaman baru. Moga dipermudahkan semua urusan kerja. Amin
Dipendekkan cerita, Isnin depan tu datang kerja dengan berbaju kurung biru. Pada saat itu, minit itu, bermulalah cabaran baru dan pengalaman baru. Moga dipermudahkan semua urusan kerja. Amin
6 comments:
alhamdulillah..mesti pandai design ni kan?
Good luck dear, jadi graphic designer tu..hehe. Nanti story-story lah ye, apa yang graphic designer buat.hehe. Semoga berjaya. ^___-
Wahhh....tahniah yer Ika. lagipun akak tgok memang Ika berbakat. best la kan dapat pulak keje yang memang kna dengan minat kita. Selamat bekerja yer dear...mula2 start keje ni biasa mmg banyak cabaran & dugaan.
Just be strong & calm okay (^^,)
*Singgah menabung mr.nuff. Boleh klik balik kat sini: Levi's KEEP COOL.TQ.
selamat menempuh alam pekerjaan! ^_____^
Alhamdulillah tahniah :)
semoga tabah dengan karenah client2 yg bakal suruh tukar2 design nnt hehe
stay positive *peace* :)
Alhamdulillah...selamat datang ke alam pekerjaan...hee
Post a Comment