Saturday, October 25, 2014

Tukar Kerja


Pindah rumah semestinya akan bertukar kerja juga. Suasana, orang di sekeliling semuanya berubah.

Bekerja di bahagian yang sama dan latar belakang syarikat yang sama iaitu sebagai designer di sebuah syarikat pengiklanan. Walaubagaimanapun, kerjanya ada sedikit kelainan daripada yang sebelumnya. Waktu kerja juga lebih teratur daripada yang sebelum ini. 

Dikelilingi hampir semuanya orang berbangsa Cina dan seorang berbangsa Melayu, aku menjadi kekok untuk bergaul dengan mereka semua. Usia aku semestinya antara yang termuda antara mereka semua.

Masa rehat adalah yang sangat perit aku rasa. Dengan tiadanya tempat solat, aku terpaksa keluar mencari surau berdekatan. Untuk menjimatkan masa rehat yang diberi 1jam itu, aku makan bekalan yang ibu bekalkan dalam kereta. Sedihkan?

Maklumlah syarikat cina, hari cuti-cuti penting mana ada cuti. Depavali, Awal Muharram? Kerja tau. Ikutkan hari ni aku ambil cuti sendiri tolak gaji.

Nak dibandingkan tempat kerja yang dahulu jauh lebih bagus sebenarnya daripada kerja yang sekarang. Syarikat orang melayu, suasana yang ceria, tempat solat semestinya disediakan dan macam-macam lagilah. Tidak kisah balik lambat sekali pun, janji buat kerja dengan senang hati. Serius rinduuu akak abang dan suasana kerja di sana .





Walaupun sudah bekerja, aku masih lagi mencari mencari dan terus mencari kerja yang lebih bagus dan semestinya terjaga daripada yang sekarang. InsyaAllah, pintu rezeki Allah beri dimana-mana sahaja.

Hope jumpa kerja yang sesuai. Amin.

P/s: Entri lalu aku menceritakan mengenai pindah rumah. Walaubagaimanapun, entri itu telah aku delete atas sebab-sebab tertentu. Pada mereka yang sempat baca, mungkin mereka tahu kenapa aku berpindah.

5 comments:

Fatimah Nabila said...

sabarlah ye sementara nk sesuaikn diri dgn suasana baru :)

Anonymous said...

lama² ok tu,tabahkan hati yer?

Sukma said...

memang begitu ler kalau kerja dengan bukan Islam...tempat solat tu penting...

Mar Mansor said...

akak pernah mengalaminya..tapi cepat2 carik keje lain..

Shad said...

Waaahh, tmpt keja baru yang dikelilingi Chinese.. Kalau nak terus di sana, semoga dapat adapt dgn persekitaran.. and it's a good idea on sambil2 tu finding a new job kan.. I'm currently unemployed.. fresh grad, tak leh milih sgt keja kan, tapi kan.. tapi kan.. kalau dapat keja yg kena dgn jiwa tu mmg bonus.. wish you all the best :D