Wednesday, June 12, 2019

Wajah Terbaru Ainul Mardhiah


Assalamualaikum, hai.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bayi berusia sembilan bulan yang menghidap penyakit "Germ Cell Tumour", Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.

Begitu ramai yang sayangkan Ainul. Tidak putus-putus orang ramai bertanyakan khabar Ainul selepas pembedahan mahupun sebelum pembedahan dilakukan. Tidak kira muslim mahupun non muslim. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Berikut di bawah adalah gambar terbaru Ainul Mardhiah selepas pembedahan tersebut.




Ya Allah, kamu sungguh cantik dan comel wahai Ainul Mardhiah. Kamu kelihatan seperti bayi yang baru dilahirkan semula. Nama seindah wajahmu.

Semoga Ainul diberikan kekuatan, kesembuhan secepat yang mungkin dan boleh mengharungi hari-hari mendatang seperti kanak-kanak lain di luar sana. Amin.. 

Sumber gambar : Ahmad Safiuddin

1 comments:

Anum said...

alhamdullilah cepat sembuh aadik