Thursday, April 23, 2020

KYT Hellcat Frontliner - Tanda Hargai Jasa Wira Negara


Assalamualaikum. Hi.


Lain orang lain cara mereka mengolah idea kreatif masing-masing. Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, mengabadikan potret pemimpin negara dan para frontliner yang berjuang menentang wabak Covid-19 dengan menggunakan teknik 'air brush' di atas sebuah helmet.

Idea kretifnya kini sudah tular di media sosial dan menjadi tarikan orang ramai terutama pada golongan yang sukakan koleksi helmet. 

Lukisan itu adalah sebagai tanda menghargai jasa wira-wira negara. Karya yang dihasilkan itu mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkannya. Kreativiti hasil karya yang dihasilkan, sebuah syarikat berminat untuk bekerjasama dengan mengeluarkan helmet hasil lukisannya bagi tujuan amal.

Lebih lanjut boleh baca di artikel MetroTV

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.

Bagaimana cara nak beli helmet limited edition ini? Boleh tekan link di bawah:

KYT Hellcat Frontliner

Suami aku pun beli juga sebiji. Katanya nak simpan buat koleksi. Kalau termasuk helmet ni, dah ada 5 biji helmet dekat rumah. Kepala yang ada cuma 2. Hobi cik suami. Biarkan biarkan. Hahaha





3 comments:

Nurul Husna said...

kreatif dorg ni... boleh wat duit XD

Acuyuhan said...

Hi menarik ini :) bw here done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/

IRL OFFICIAL said...

terima kasih informasinya,
mampir balik bro, kami menyediakan macam tas.