Friday, February 19, 2021

Parcel Delivery Ikea Hanya RM10 Sahaja!

 Assalamualaikum. Hi.

Seperti yang korang semua tahu, cawangan Ikea di Malaysia hanya ada 4 buah iaitu di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan. Dengan keadaan sekarang, PKP dan PKPB untuk certain tempat membantutkan lagi korang yang nak shopping barang perkakas rumah di Ikea.

Nak apply kebenaran untuk rentas daerah/negeri semata-mata untuk pergi beli barang perkakas rumah confirm tak lepas. Kecuali kalau korang personal shopper, boleh apply surat kebenaran polis atau guna surat miti atas nama company sendiri.


Jangan pening-pening. Ikea sekarang sedang adakan promosi RM10 sahaja untuk delivery ke Semenanjung Malaysia. Haa murahkan?! Tersangatlah murah wehh. Kalau order dengan PS pun tak dapat harga macam ni tau. Hahaha


So aku pun taknak lepaskan peluang nak dapatkan promosi RM10 delivery. Kebetulan memang tengah mencari sedikit perkakas rumah untuk rumah sewa baru nanti. 


Takde la banyak mana. Tapi bolehlah nak merasa barang Ikeakan. Hahaha. Packaging dia helok sangat. Walaupun barang sikit, kotak yang digunakan besar la juga. Disumbatkan sekali dengan kertas-kertas bagi mengelakkan barang bergerak antara satu sama lain dan barang kaca diwrapping dengan sempurna. Satu lagi jangan risau, barang akan dihantar menggunakan courier Poslaju ya.




Bila dah pilih-pilih barang, masa nak buat payment, jangan lupa tick pada yang aku tandakan merah. Takut nanti salah tick, haa melambung tinggi total yang kena bayar nanti. Hahaha. Walaubagaimana pun, ada syarat untuk dapatkan harga delivery promosi RM10 ini. Barang yang dibeli tidak lebih daripada 24kg dan panjang maksimum bagi setiap barang adalah 1.6 meter sahaja. Jika lebih daripada itu, shipping RM10 tidak available dan hanya boleh pilih truck delivery sahaja.

Haa dah tahu? Apa lagi selamat bershopping di website Ikea. Tak perlu nak serbu ramai-ramai gudang Ikea tu. Musim Covid ni takut nak pergi tempat ramai-ramai orang kan. Hihihi 

3 comments:

Abam Kie said...

Thanks for the info. Now everyone can shop at Ikea! Done follow your blog, ok? Thanks.

Nina Mads said...

nice info.. tak pernah beli lg. walaupun batu kwn dekat. haha

Farrah MF said...

Best ni. Boleh cuci mata kat laman ikea pula lepas ni 😊