Assalamualaikum.
Hari rabu lepas cabut sekejap pergi Kanter Pos Laju di Metro Kajang untuk pos barang customer. Sampai-sampai situ, nampak 1 nota tertera seperti gambar di atas.
- lama -
Penggunaan slip kiriman pos laju yang baru telah mula digunakan bermula 1 Ogos yang lepas. Yang dahulunya berwarna oren dan kini yang baru bewarna cokolat. So lepas ni boleh siap-siap ambil slip kiriman pos laju yang baru banyak-banyak. Bukan apa, sebelum nak pos barang, siap-siap tulis semua details dulu. Tak perlu nak ambil no ke, tunggu pergi kaunter ke. Sampai di kaunter tinggal nak pos je. Jimat masa di situ kan?.
- baru -
Slip kiriman pos laju yang baru mempunyai sedikit kelainan. Terdapat barcode di slip kiriman. Mungkin ini lagi memudahkan para pengguna kiriman pos laju terutama pada pembeli dan perniaga online.
Selama ini tidak pernah lagi menggunakan khidmat pos lain. Alhamdulillah setakat ini, apa sahaja barang yang di pos menggunakan khidmat Pos Laju sampai dengan selamatnya. Hehehe. Pos Laju terbaikkk!
P/s: Korang pernah guna perkhidmatan pos selain Pos Laju tak?
Read More
Settle Pindah Rumah Baru!


