Saturday, February 20, 2016

Cara Kecilkan Pipi


Assalamualaikum.


Apabila badan kurus, automatik muka pun nak nampak kurus. Baru stabil. Ye dok? Hahaha
Jadi ramai sebenarnya tertanya-tanya bagaimana cara untuk kuruskan pipi pau yang comel itu. Di bawah ada beberapa step mudah yang boleh kauorang cuba. 

Cara Kecilkan Pipi



Lakukan Senaman 
Berikut ada beberapa cara senaman yang boleh mengecilkan pipi: 
  • Senama Pipi

Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

  • Senaman Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

  • Senaman Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepaskan. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

  • Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.


  Urut Halus Di Pipi
Selain daripada teknik senama, teknik mengurut juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Walaubagaimanapun perlu diingatkan, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

Pada individu yang memiliki masalah kulit yang sensitif, apa kata gunakan ais batu dan tepuk-tepukkan di bahagian dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan otot-otot wajah dan secara tidak langsung merehatkan otot yang sedang membengkak.

Mudah je semuanya. Sambil-sambil buat kerja, apa salahnya buat senaman pipikan?. Ada orang kata juga, kunyah gula-gula getah pun salah satu senaman me

Ok, selamat mengecilkan pipi. Hikhik  

P/s: Dia cakap pipi tak payah kurus sangat. Tak comel katanya. Hahaha. "Ok awak  "




Read More

Wednesday, February 3, 2016

Wordless Wednesday #60: Tupperware Adalah Segala-Galanya



Assalamualaikum.


P/s: Bukan golongan emak-emak sahaja yang sayang tupperware mereka ye. Hahaha  



Read More

Tuesday, February 2, 2016

Tote Bags By EkatikahCraft



Assalamualaikum.



Selain daripada menerima tempahan keychain, pillow dan sebagainya, EkatikahCraft juga menerima tempahan tote bags tau.

Boleh letak buku, segala jenis fail, pencil case dan macam-macam lagi. 

Yang penting boleh request design & kualiti tiptop   

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, whatsApp 017-3050597.




Read More

Monday, February 1, 2016

Diet Atkins Bulan Ketiga



Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, hari ini muncul semula. Beberapa post last kebanyakkannya berkaitan dengan makanan dan post paling latest adalah berkaitan dengan diet atkins fasa 1. 

Alhamdulillah, hari ini masuk bulan Feb bersamaan bulan ketiga aku follow diet atkins. Bertambah syukur lagi, apa yang dibuat membuahkan hasil. Daripada berat asal berangka '9' dan kini sudah berangka '7'. Syukur sesangat. Heee


Pada mulanya ramai ingat aku sakit. Mana taknya, turun mendadak macam tu. Ada juga yang ingat aku makan ubat kurus. Aku hanya mampu gelak je. Hahaha. Apa yang aku makan? Aku follow apa yang boleh dan tak boleh utk diet atkins. Simple je.

Walaubagaimanapun, jangan mudah selesa dengan berat sekarang. Masih jauh perjalanan menuju ke berat ideal. Chaiyokkk. Raya tahun ni nak kuruihhhhh. Hehehe

Good luck untuk diri sendiri 

P/s: Ramai sangat tanya, "Kenapa tetiba nak kurus ni? Haa nak kahwin la tu." Hahaha. Kita kurus sebab nak sihat. Tapi kalau sebab yang itu, tunggu sahajalah kad kahwin kalau dah sampai seru. Eh? Hahaha. Beranganlah nak oii. 


Read More