Monday, February 1, 2016

Diet Atkins Bulan Ketiga


Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, hari ini muncul semula. Beberapa post last kebanyakkannya berkaitan dengan makanan dan post paling latest adalah berkaitan dengan diet atkins fasa 1. 

Alhamdulillah, hari ini masuk bulan Feb bersamaan bulan ketiga aku follow diet atkins. Bertambah syukur lagi, apa yang dibuat membuahkan hasil. Daripada berat asal berangka '9' dan kini sudah berangka '7'. Syukur sesangat. Heee


Pada mulanya ramai ingat aku sakit. Mana taknya, turun mendadak macam tu. Ada juga yang ingat aku makan ubat kurus. Aku hanya mampu gelak je. Hahaha. Apa yang aku makan? Aku follow apa yang boleh dan tak boleh utk diet atkins. Simple je.

Walaubagaimanapun, jangan mudah selesa dengan berat sekarang. Masih jauh perjalanan menuju ke berat ideal. Chaiyokkk. Raya tahun ni nak kuruihhhhh. Hehehe

Good luck untuk diri sendiri 

P/s: Ramai sangat tanya, "Kenapa tetiba nak kurus ni? Haa nak kahwin la tu." Hahaha. Kita kurus sebab nak sihat. Tapi kalau sebab yang itu, tunggu sahajalah kad kahwin kalau dah sampai seru. Eh? Hahaha. Beranganlah nak oii. 

5 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Tahniah! Bukan senang nak motivasikan diri pasal makanan ni.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

Suriaamanda said...

All the best

Khamsi Abdullah said...

Tahniah! Banyak tu turun.. saya pulak semenjak kahwin, makin menjadi2 perut.

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg kental..tahniah dik.

aRz MoHa said...

Terbaik teruskan. Jangan sesekali mengalah