Friday, February 5, 2021

BROWNIES BITE KINI DIJUAL DI SHOPEE!


 Assalamualaikum. Hi.


Alhamdulillah. Brownies Bite daripada Eka Home Bakes semakin mendapat sambutan daripada orang ramai di luar sana. Paling banyak pernah terima order sehari sampai 21box. Alhamdulillah rezeki kan.


Brownies Bite ni aku dan suami usahakan sendiri daripada MCO 1.0 hingga MCO 2.0 yang sekarang. Kami lebih fokuskan pada delivery dan self pickup. Pelbagai jenis topping yang sedap-sedap belaka untuk pelanggan membuat pilihan. Antara topping yang mendapat banyak sambutan adalah Mix Topping yang terdiri daripada Original, Peanut, Choco Chip dan Nutella.

Oleh itu, bagi mengembangkan lagi perniagaan Brownies Bite ni, aku dan suami decide untuk jual online. Memang sebelum ni ada sahaja yang order online. Maklumlah, sekarang PKP. Susah bergerak ke sana ke sini. Mereka yang order online kebanyakkannya keluarga dan rakan. 

*Klik gambar untuk ke Shopee*

Cara lain untuk memperkenalkan produk kami di luar sana, kini Brownies Bite sudah ada jual di Shopee. 


Terdapat dua jenis dan dua saiz Brownies Bite di Shopee. Boleh klik gambar untuk lihat details produk. 

Berharap dengan cara ini, aku dan suami dapat kembangkan lagi jualan Brownies Bite ni. Korang yang mana teringin dan craving nak makan Brownies Bite kami, bolehlah terus order di Shopee. Jangan risau, Brownies Bite kami dibuat sebaik sahaja menerima tempahan bagi menjaga kualiti produk. 

For sure mereka yang telah rasa Brownies Bite akan repeat order lagi. Korang bila lagi? Jomlah support bisnes kecil kami suami isteri. Hee

Terima kasih






Read More

Thursday, January 28, 2021

Viral! The Best Crispy Choco Tub Ever


 Assalamualaikum. Hi.

Terlalu banyak brand choco jar, choco tub atau nama lain ada di pasaran sekarang. Yang homemade juga tidak terkecuali. 

Salah satu brand yang sedang viral sekarang adalah Nims Crispy Choco Tub. Rasa coklat leleh premium yang sangat sedap dan cair dimulut. Serius dah cuba sekali pasti nak lagi. Makan sesudu pasti nak bersudu-sudu. Hahaha


Pencinta coklat pasti gemarkan Crispy Choto Tub. Bekasnya yang tahan lasak dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Juga disertakan sudu percuma pada setiap pembelian 1 tub. Saiznya yang gedabak membolehkan 1 bekas di makan bersama 2 ke 3 orang. Coklat yang digunakan coklat premium yang membuatkan sesiapa yang makan tidak rasa cepat muak dan rasa kepuasan maksima. Haa gitu! Hahaha


Crispy Choco Tub ini mempunyai 4 jenis iaitu Mini Coco Crunch, Coco Ball, Coco Krisp dan Coco Rice dan setiap jenis ini mempunyai harga yang sama iaitu RM15 untuk setiap 1 tub, kecuali Coco Rice, RM13 untuk 1 tub. 


* Terliur tak? Hihi *

Ini bukan paid review ok. Hahaha. Tetapi aku nak beritahu yang aku adalah salah seorang agent Nims Crispy Choco Tub yang sah area Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, sepanjang MCO 2.0 mendapat sambutan yang luar biasa. Setiap hari ada cod walaupun 1 atau 2 tubs. Rezeki. Hee

Antara mereka yang membeli sepanjang tempoh MCO 2.0. Terima kasih support. * Mini Love *

Pada mereka yang jauh, luar kawasan, aku juga sediakan khidmat pos. Hanya perlu tambah duit postage sahaja. Hehe

Berminat nak rasa? Jomlah beli. Sambil sambil support small bisnes aku. Hehehe

* Klik gambar untuk pembelian *

Jualan daripada Shopee aku baru mula. Sebelum ini yang order luar kawasan semua melalui whatsapp. Siapa yang tak biasa beli di Shopee, boleh direct whatsapp dengan hanya klik link di bawah oke. Thank you support. Heee

http://www.wasap.my/60136494534/chocotub






Read More

Monday, January 25, 2021

Inspiration Work Space Untuk Home Office


Assalamualaikum. Hi.

Pada hari kebiasaannya Isnin hingga Khamis, aku banyak habiskan masa buat kerja editing di rumah dan manakala pada hari Jumaat hingga Ahad, aku banyak habiskan masa kerja diluar. Nama pun photographer. Waktu kerja dia memang weekend. Hahaha

Sepanjang PKP, for sure memang banyak habiskan masa kerja editing di rumah. Tiada sebarang majlis dibenarkan. Bila kene banyak habiskan masa bekerja di rumah, for sure mahukan work space yang cantik dan selesa untuk buat kerja. Baru semangat nak siapkan kerja. Betul? 

Sekarang pun dalam proses pindah rumah baru. So aku decide untuk ambil satu bilik dijadikan sebagai home office. Berikut antara design inspiration work space yang menjadi idaman.













Simple dan kemas kan?

Hopefully aku dapat buat decoration bilik home office aku seperti di atas. Tak dapat 100% sama, at least 50-60% pun dah ok. Hahaha

Apa pendapat korang? Hihi





Read More

Interface Blogger Yang Baru


 

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama tidak berblogging, interface home blogger berubah pun aku tak perasan. Hahaha. Boleh sesiapa beritahu bila interface ni berubah?



So far bagi aku interface baru ni nampak lagi kemas dan clear. Masih senang untuk difahami. Tapi maybe ada certain setting yang berubah. Aku tak habis explore lagi.

Hopefully aku lebih kerap aktif berblogging lepas ini. Walaupun busy buat pelbagai kerja. Maklumlah, orang kerja sendiri dalam keadaan pandemic sekarang, kena kerja keras sedikit. Hihi

Stay at home, stay safe, ok!




Read More