Di sini aku kembali. Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Moga sihat hendaknya :)
Hampir sebulan blog ini menyepi tanpa apa-apa entri. Adakah anda semua tercari-cari? Hehe. Bukan mahu menyepi terus tetapi kesibukan diri menghalangkan diri untuk update apa-apa entri. Meskipun entri contest, segmen mahupun giveaway.
Ini pun curi-curi sedikit masa. Hee Rindu yang teramat untuk menaip, bercerita, berkongsi apa yang menarik. Rindu juga untuk blogwalking ke blog-blog rakan blogger.
Bila fikirkan kesibukan yang melampau ini, diri sendiri juga terabai. Tidur lewat setiap hari, makan yang tidak menentu, tidak mengikut jam yang betul, pelajaran juga entah ke mana. Ini pun menaip dalam keadaan mulut menguap, mata berair. Bukan sebab sedih, tetapi inilah dia yang digelar tidak cukup tidur.
Moga semua kerja dapat diselesaikan secepat mungkin, dan dapatlah aku fokuskan pada pelajaran. Final exam makin dekat. Kerja-kerja juga, pelajaran jangan terabai.
Hope pembaca-pembaca, blogger-blogger sekali tidak pernah jemu untuk melawat ke blog ini. Jejak anda akan dibalas satu persatu. Terima kasih semua
P/s: Inilah susahnya bila buat banyak kerja. Akulah photographer, akulah crafter, akulah doodler, akulah blogger dan aku jugalah seorang pelajar.
6 comments:
byk kerja leh handle takpe =)
patutla dh lama xnmpk...xpe, fokus dulu exam ek
Mieya sibuk. Tapi entri tetap ada walaupun tak sekerap dulu. Cuma nak blogwalking balas komen tu jarang nak ada waktu.
moga dipermudahkan segala urusan sis
rindu dengan sis...
xper dulukan mn yg penting k..moga dipermudahkan semuanya
Post a Comment