Saturday, November 29, 2014

Serai Daripada Sudut Kesihatan



Serai atau nama saintifiknya Cymbopogen Citratus, merupakan salah satu tumbuhan herba. Dari sudut kesihatan, serai merupakan salah satu pengubat untuk pelbagai jenis penyakit. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu.

Demam & selsema: 
Tumbuhan serai mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba.Serai juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam. 

Sembelit:
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

Senak perut:
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya. 

Angin dalam perut:
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.  

Senak perut:
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.

Info selebihnya korang boleh rujuk Sumber.

For me, serai sangat sedap bila dimasak lauk. Antara lauk kegemaran yang aku suka, sambal serai telur puyuh, sambal serai ayam, sambal serai daging, ikan bakar berintikan sambal serai, rendang extra serai dan asam pedas extra serai. Kalau ibu dapat request daripada anak dia ni nak makan lauk asam pedas, ibu akan buat special punya iaitu extra serai. Sedappp oiii. hehehe

P/s: Esok macam nak masak sambal serai telur puyuh. Hehe

SINI SINI


1 comments:

Anonymous said...

Mmg menarik. Thanks sis..