Saturday, May 31, 2014

List Barang Dapur



Bila duduk jauh daripada keluarga sendiri, mestilah belajar hidup berdikari. Memang masa belajar dahulu, hidup berdikari. Walaubagaimana pun, masih tidak sama seperti sekarang.

Betul, dahulu berjauhan dengan keluarga sama seperti sekarang. Tetapi bezanya dahulu bolehlah minta duit belanja makan minum pakai pada ibu ayah. Sekarang, semuanya sendirian berhad. Nama pun sudah bekerja, takkan nak mengharapkan ibu ayah lagi. 

Walaupun duduk menumpang di rumah saudara, perbelanjaan sendiri juga. Lebih-lebih lagi dalam seminggu ni, saudara pergi luar negeri. So, semuanya kene buat sendiri. Masak sendiri and makan pun sendiri. Kesiankan?

Gaji dah dapat? Apa lagi, shopping barang dapurlah nampaknya. Esok cuti, agak-agak nak masak apa erk? Lalala.. Hehe

- Agak-agak list barang dapur di atas boleh tahan sebulan untuk seorang makan tak? Haha -

6 comments:

timm bill said...

yeke sebulan? klau seorg ok kot..klu cm timm ni utk 6 org housemate mkn..seminggu je la..hehe..
klik2 lactacyd!

trah zain said...

nak makan dubu dubu!!! eh? haha..
masak ala2 korea gitu..best2!!

Kathy R'bain said...

masaklah yang special kan sis?

Sha Malek said...

sama dgn sha, mesti buat checklist :)

Yaya Azura said...

sama macam akak, kena buat list..kalau tak ade je tercicir..
masak tomyam lah..ayam ada, udang ada..hihi

Ezad Skytech said...

kalau pandai jimat tahan la kot sebulan..hee