Monday, August 11, 2014

Raya 2014: Menu Raya


Setiap kali Hari Raya tiba, makanan yang menjadi tradisi dan bagi sesetengah orang wajib ada untuk hari Raya adalah rendang, ketupat, lemang dan lontong.

- Gambar sumber pakcik Google-

Rendang adalah salah satu menu wajib ada pada hari Raya. Tidak kira rendang ayam, daging mahupun kerang. Tahun ini ibu ayah memilih untuk rendang ayam. Seperti biasa, rendang ibu antara yang special daripada orang lain punya. Hehe

- Gambar sumber pakcik Google-

Ketupat pula tidak la ketupat yang dianyam. Hanya ketupat segera yang dibeli di pasaraya. Haha. Kita ni mana pandai nak menganyam ketupat. Makan sahaja tahu. Kehkeh

- Gambar sumber pakcik Google-

Lemang is my favorite for ever and never. Tahu makannya sahaja, buatnya tidak. Haha. Ibu ayah kurang gemar makan lemang. So kalau ada lemang kat rumah tu, memang sah sah anak mereka yang satu-satunya ini yang nak makan lemang. Hehe

 [kuah+lodeh.JPG]
- Gambar sumber pakcik Google-

Selalunya ibu masak lontong untuk hari raya haji. Kira memang jarang-jarang sekali ibu masak lontong untuk hari raya puasa. Tapi kalau anak dia ni nak makan, dimasaknya jugak. Hee

- Gambar sumber pakcik Google-

Untuk hari raya kedua dan ketiga biasanya ibu akan buat menu lain. Antaranya ialah mee hun sup. Ohh, my favorite lagi. Haha. Macam mana badan tak naik? Makan sedap memanjang 

Korang pula bermenukan apa untuk hari raya? 


1 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

ohhhh sedapnyaaa, tetiba nak fefeeling raya balik.. yes, memang semua menu diatas wajib ada ketika raya.. hehehehe