Friday, November 28, 2014

Menu Setiap Hari

Semenjak duduk rumah sewa, bukan main rajin nak memasak itu ini. Kiranya untuk breakfast dan lunch mesti akan bawa bekal. Haa, secara tak langsung dapat berjimat. Ye dok? hehe

Baru masuk rumah sewa ni dalam dua minggu. So, barang dapur belum lengkap semuanya. Tapi alhamdulillah Econsave dekat dengan rumah. Kira one way untuk pergi dan balik kerja. Kalau terasa ada benda kurang dan nak beli, apa lagi singgah Econsave la jawabnya. hikhik

Dalam diri sudah tekat, say no to nasi dan lebihkan makan sayur-sayuran. So pergi Econsave borong sayur sahaja la. haha


Inilah menu breakfast, lunch dan kadang-kadang untuk dinner. Kenapa kadang-kadang? Sebab bila dah balik kerja lambat, memang sampai rumah dalam kepala fikir 'nak tidur' sahaja. Haha



Bawah ini pula menu lunch tadi. Nasib rumah dekat dengan tempat kerja. Sempatlah balik masak. Hehe

Maaf kalau gambar-gamabr di atas buat anda semua terliur. hikhik