Friday, April 24, 2015

Eye Brows Untuk Mr Froggy



Sekarang sudah jadi trend bagi kereta myvi pasang eye brow dan eye lip pada bahagian lampu hadapan kereta. Apa, kereta pun ada eye brow eye lip ok. Kereta pun nak bergaya. Cewahh. Haha

Asal keluar, merata sudah kereta myvi pasang eye brow ni. Haishhh jeles mak jemah dibuatnya. Hahaha. Kita pun nak pasang juga kat Mr Froggy a.k.a Kodok kita. Hihihi

Pergi survey kedai aksesori kereta merata-rata semata nak cari eye brow kereta myvi. Survey punya survey, rupanya eye brow ni ada dua jenis material. Satu material plastik ( kalau tak silap ) dan satu lagi material sticker. 


Harga pula yang sticker lagi murah daripada yang plastik. Hmm bila difikir-fikirkan semula, diri sendiri kerja kedai sticker kenapa perlu beli sticker kat kedai lain. Ye dok? Haha




Apa lagi, buat kat tempat kerja sendirilah jawabnya. Sticker pun memang sebiji sama macam kat kedai aksesori kereta. Minta tolong kawan tempat kerja buatkan. Haa, sekejap siap. 



Tadaaa, inilah hasilnya. Mr Froggy sudah ada eye brow. Semart tak semart tak? Hikhik. Sikit-sikit nak upgrade Mr Froggy. Tapi lepaskan dahulu roadtax kereta pertengahan tahun ni baru boleh fikir yang lain. Hahaha

Ada sesiapa di sini geng myvi? Kita geng sepp sikit. Hihi


1 comments:

Azney Shamsuddin said...

azney pun pakai myvi jugak memang teringin nak pakai. tetapi selalu lah terlupa huhuuhu