Wednesday, April 29, 2015

Resepi: Roti Pita Inti Daging Black Paper



Sekarang ni nak beli makanan di luar mesti fikir dua tiga kali sebelum beli. Apa yang difikirkan? " Nak makan apa ye?" "Mana sedap ye?" "Agak-agak mahal tak?" "Bersih ke tidak dia masak ni?" dan bla bla bla.. Cerewet! Hahaha

Malas nak fikir panjang, baik masak sendiri kat rumah. Beli bahan-bahan yang perlu, tung tang tung tang kuali kat dapur, siap! Hikhikhik

Kelmarin tekak terasa nak makan roti pita. Jadi terhasillah Roti Pita Inti Daging Black Paper version sendiri. Resepi? Scroll di bawah. Mohon jangan terliur lihat. 
.
.
.


Resepi Roti Pita Inti Daging Black Paper


Bahan utama, semestinya roti pita.


Bahan tumisan inti adalah seperti daging cincang, hirisan bawang merah, cili api ( untuk mereka yang suka pedas ), lobak merah, tomato kecil dan serbuk black paper. Salad juga dihiris.



Cara membuatnya cukup senang teramat!. Tumiskan semua bahan tumisan inti tadi, kecuali salad. Belah dua roti pita dan panaskan di atas hot pan dengan api yang perlahan. 

Akhir sekali, masukkan inti daging black paper yang sudah ditumis dan selang-selikan dengan salad yang dihiris tadi. Letakkan sos dan mayonis untuk rasa yang lebih terangkat. Cewahh. 

Mudah bukan? Selamat mencuba 

9 comments:

aisyah ambris said...

super sedap....untuk yg nak diet, ssua sgt menu ni

Gee Lion said...

dulu selalu buat masa duk rumah bujang, dok ramai2 memang best buat.. sekarang akan berduo, tengok cik abg cakap mcm mane pulak.. ahakss..

singgah malam!

Nur Shafiq said...

tengok gambar pun dah tergoda huhu :D jemput singgah pula blog A Gentleman To Be

Azura Aziz said...

betul2... nak beli tp tak tau nak beli apa.. masak sendiri jgk sedapp walaupun simple kan..

nmpk menarik.. nanti kak Alycia nak try ;)

yangbaik said...

nampak sedap... mesti cuba nih.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...

sedap nyer.. terliuh pulak..

mselim3

pls: kalau ada masa lapang sedap gak resepi macam nie kan.

Mar Mansor said...

alamak camne ni ah terliur

Maria Firdz said...

Sedapnya..

Nurhazlin Hussein said...

Alahai terliur!! Hahaha