Friday, September 11, 2015

Magnum White Almond


Assalamualaikum.

Cuti Merdeka bulan Ogos lepas balik Melaka sebab cuti lama. Takda la lama mana, cuma 3 hari. Tapi bagi aku cukup lama la jugak. Hahaha. Orang susah dapat cuti macam itulah gayanya.

Balik hari tu teman ayah ibu pergi beli barang dapur. Ayah ibu kalau nak beli barang dapur tak suka pergi jauh-jauh ni. Selalu pergi yang dekat-dekat je. Jadinya hari tu pergi kat Kedai Rahim, Alor Gajah. Orang Alor Gajah sure tahu kedai ni kat mana. Hehehe.


Tengah ayah ibu leka pilih barang, tetiba tekak terasa nak makan aiskrim. Padahal terliur sebab duduk sebelah peti aiskrim. Hahaha. Buka, sekali nampak Magnum  White Almond. Pehh, Magnum ada aiskrim perisa baru. Apa lagi, cepat grab dan terus bayar kat kaunter.
Hahaha. Hantu aiskrim Magnum la katakan.


Pehh sedapnya sampaikan makan sambil tutup mata. Nikmat punya pasal. Hahaha. Sebelum ni aku hanya gemar makan Magnum Chocolate Brownie. Jadi lepas ni, gila Magnum White Almond pula la ye. Hikhik

Gemar tidak bermakna selalu makan. Sekali-sekala boleh la layan tekak ni. Sebabnya manisssss satu, mahal pun satu. RM4.80 tuu. 

Ok, siapa belum cuba tu cuba-cubalah. Tapi setakat ni tak semua kedai ada lagi Magnum White Almond ni.  Pagi tadi semangat keluar rumah awal semata nak cari Magnum White Almond ni. Pergi merata 7Eleven dan pam minyak area Jalan Reko, semuanya takda. Sabau je la.

  

4 comments:

Roziah Muhammad Nor @ Cie said...

aduh bestnya. kena cari kejap lagi nih. hihihh

Mizz Aiza said...

terliurnya tengok.. kena beli juga lepas ni..

Farrah MF said...

Aiskrim magnum memang tak menghampakan...oh sis orang alor gajah rupanya. Alor gajah area mana?

Nina Mads said...

sedapnyaaa tikah. bila agaknya dpt makan kt magnum KL