Sunday, May 22, 2016

Dulu Vs Sekarang


Assalamualaikum.



Dulu punyalah susah nak cari baju sampai rasa nak nangis bila test baju takde saiz yg kita nak. Hmmm. Kalau pergi shopping mall, tengok baju cantik tak heran langsung. Sebabnya tahu sangat dah badan takde saiz. So buang masa kalau nak belek lama-lama. 

Bila nak berjalan dalam khalayak ramai, mesti akan segan. Lagi-lagi bila orang ajak bergambar sekali. Awal-awal tarik diri. Biarlah takde dalam gambar daripada ada dalam gambar nampak demok.

Sekarang? Takde dah nak nangis-nangis sbb takde saiz. Cuma nangis sebab tak dapat nak beli semua yg berkenan kat hati ni. Ehhhhh. Hahaha. Bila pergi shopping mall, tengok baju cantik-cantik mesti nak singgah. Bukan setakat singgah tengok-tengok, siap testing pakai lagi. Hahaha. Tapi nasib baik iman bab shopping baju ni kuat. Kalau tak, mahu kopak purse dibuatnya. 

Bila bab berjalan dalam khalayak ramai, diri makin bertambah confident. Kalau bergambar, muka ni yang paling excited. Sampai  ada kawan sekerja cakap, "Tikah, you dulu kerja jadi wartawan ke?" Hahaha.


Walau apa pun, misi mengejar berat bawah 60kg sebelum raya masih diteruskan. Bila pindah duduk serumah dgn parents, makin mencabar dugaannya. Hahaha. Wish me luck. 

#loveatkins

3 comments:

Luqman Zakaria said...

good luck yer..kena cekal duk ngn parents lau tak abes diet..hehe

I N A A I N A A said...

All the besttt! Memang nampak sangat perubahan di situ

Fatimah Nabila said...

gud luck!! suka sgt bca blognyer dri zamn bam2 smpai kurus..hihi,,