Saturday, June 4, 2016

Pelbagaikan Menu Hidangan Diet Anda


Assalamualaikum.

Macam chipsmorekan. Kejap ada kejap takde. Hehehe. Walaubagaimana macam chipsmore sekali pun, diet still on ok. Cuma sesekali tu ada jugak cheat. Cheat makan buah. Maklumlah, tekak dah lama tak dapat makan buah, sekali dapat makan. Ya Allah, nikmatnya. Lagi-lagi kalau buah manga dan jambu batu. Favorite okeh! Hehehe

- Salad + sosej homemade telur goreng mata -

Bila cerita bab makan masa diet ni, ramai orang berfikiran bahawa mereka yang diet ni makan tak sedap, cepat jemu dan macam-macam lagi la. Ehhh, silap semua tu. Sememangnya makanan orang berdiet sama sedap dengan makanan biasa dan malah lagi berkhasiat tau. 

- Salad + mayo kewpie -

Sedap satu hal, selain tu macam-macam menu yang kita boleh pelbagaikan untuk mengelakkan cepat rasa jemu. Sebagai contoh, daun salad. Ada orang jenis tak kisah makan sayur macam tu je. Ada orang tak boleh terima. Maklumlah, lain orang lain tekaknyakan. Hehe

- Kebab Salad -

- Salad  Sosej Homemade -

Jadi buatlah sedikit kelainan. Sebagai contoh, buatlah Kebab Salad ataupun Salad Ayam. Haaa, confirm-confirm berselera kau makan. Silap-silap tak cukup satu. Ehhh. Hahaha

- Sup Ayam -

- Sambal serai kerang -


Bosan hari-hari makan telur? Haa tukar-tukarlah menu kepada yang lain. Mungkin semalam sambal telur, hari ini buatlah sup ayam atau sambal kerang ke. Dalam hidangan sup, tambah meatball dan sayur sawi. Haa, itu sudah cukup 1 hidangan yang lengkap tau.

Kita yang makan, kitalah ubah hidangan kita kepada yang lebih menyelerakan. Baru bersemangat nak berdiet. Takdelah fikir hari-hari nak cheat makan itu ini. Ye dok? Hehehe

Puasa tinggal sehari dua lagi. Jangan sebab nak berpuasa, kau hentam makan sakan itu ini. Habislah diet kau nak oii. Hahaha. Ok, selamat berdiet dan selamat berpuasa. 

5 comments:

muja said...

bila tengok makanan diet dalam entri ni.. rasa macam makanan biasa.. nampak sedap sangat.. padahal makanan untuk diet.. huhuu kena rajin jelaa..

Nisha said...

Sedih nya , Nisha tak makan sayur T.T huhu anyway, Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

nuyui a.k.a miss YUI said...

semua sdp sdp tuu..

Unknown said...

mayonise kewpie tu guna paket warna ape yea?

Unknown said...

mayonise kewpie tu guna paket warna ape yea? sebab ada byk jenis..😅