Wednesday, March 8, 2017

26hb Februari 2017, Jalan Ini Yang Aku Pilih


Assalamualaikum.

Hampir sebulan menyepi daripada dunia blogging. Sungguh banyak perkara yang berlaku dalam diri tanpa sedar. Sungguh, apa yang berlaku semuanya tidak di rancang mahupun terlintas dalam fikiran. Ya, aturan Dia adalah yang sebaik-baik untuk hambaNya. 

Pada 26hb Februari 2017 yang lepas, aku sudah menjadi tunangan orang. Yes, ini bukan mimpi tapi inilah realiti. Alhamdulillah, majlis sarung cincin yang serba ringkas beserta kenduri tahlil dan doa selamat berjalan lancar dengan dihadiri saudara-mara, jiran tetangga dan teman rapat.




Perkenalan yang tidak diduga, jika memang sudah tertulis dalam takdir hidupku dia jodohku insyaAllah Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah, dengan rasa tenang, tawakal dan hati yang terbuka, jalan inilah yang aku pilih.


Semoga ikatan yang terjalin ini kekal hingga dia menjadi halal untukku. InsyaAllah beberapa bulan sahaja lagi. Moga semuanya dipermudahkan.


Terima kasih ayah, terima kasih ibu  


P/s: Adakah ini yang dikatakan 'Bercinta Selepas Nikah'?

4 comments:

Anum said...

inshaallah

Fiza Aizzawa said...

alhamdulillah.. semoga berjaya ke jinjang pelamin..

Kekanda Hawa said...

Selamat bertunang wahai bakal pengantin. Jangan risau cinta lepas nikah lagi best :D

Nurul Syahirah said...

Alhamdulillah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. In Sha Allah, dialah yang terbaik untuk awak ^^

http://www.syahirahvaliant.com/