Assalamualaikum.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu lagi dalam bulan yang mulia ini.
berat 93kg berat 64kg
Gambar di atas ialah aku yang sebelumnya. Kiri gambar semasa raya tahun 2015 dan gambar kanan semasa raya tahun 2016. Alhamdulillah, ada perubahan dalam diri. Mungkin tak banyak mana tapi alhamdulillah berpuas hati dengan perubahan yang berlaku. Heee
Jadi ramai yang bertanya bagaimana aku turunkan berat badan dalam berpuasa sebabnya kebanyakkan orang masa bulan puasalah badan naik. Hahaha. Silap permikiran tu. Sebenarnya bulan puasa adalah satu cara untuk kita jaga kesihatan kita di samping dapat turunkan berat badan tau.
Seperti tahun-tahun sebelumnya memang tidak dinafikan nafsu makan aku memang teruk. Nafsu macam 5 orang makan. Hahaha. Tapi bila dah dapat kesedaran diri, alhamdulillah sekarang boleh kawal nafsu makan tu. Kalau tidak, sebelum ni berbuka mesti ada roti john la, murtabak la, air manis la. Sekarang, berbuka dengan air cincau kosong sahaja pun ok dah. Heee
Caranya mudah sahaja.
1) Jangan makan keterlaluan mengikut nafsu.
Maklumlah, bulan puasa ni lagi macam-macam juadah berbuka puasa ada. Nafsu nak makan itu ini mesti ada punya. Tapi ingat! Kawal! Macam aku, untuk berbuka aku hanya minum segelas air berperisa sirap atau anggur letak stevia dan segelas air kosong. Kalau terlebih rajin, buat hot chocolate unsweeted. Masa berbuka aku kurangkan makan. Jamah sikit sahaja. Contohnya makan seketul dua ayam goreng dgn hirisan timun jepun pun dah cukup.
Untuk sahur pun lebih kurang sama. Tapi untuk minuman, aku hanya minum air kosong dan green tea kosong sahaja. Makanan pula aku makan telur goreng ke atau terlebih rajin daging burger grill atkins homemade. Hehehe
2) Minum air kosong yang secukupnya.
Orang tanya, macam mana nak minum air kosong secukupnya? Tak kembung ke nanti minum air banyak sangat? Ishh, takdanya. Aku minum alhamdulillah perut tak kembung pun. Hee. Caranya bukan minum sekali banyak. Minum sikit-sikit. Cara aku, masa berbuka minum segelas dua air kosong. Masa nak pergi tarawih tu, bawa sebotol air kosong. Sambil-sambil solat terawih tu, minumlah. Lepas balik terawih pun sama. Sampailah masa bersahur. Ingat! Air kosong dan bukannya air manis. Ini tidak, berbuka dah minum bergelas-gelas air manis. Balik daripada berterawih pun minum lagi air manis sampailah masa bersahur nanti. Haa. Tak bagus tu. Jangan ok.
3) Senaman ringan.
Siapa cakap masa bulan puasa tak boleh bersenam? Sebenarnya boleh je. Cuma senaman yang kita lakukan tidak seberat yang kita lakukan semasa bukan bulan puasa. Janganlah kau pergi berlari speed 2km. Mahu semput nanti. Silap-silap boleh pengsan. Di bawah ada panduan bersenam semasa berpuasa daripada Kevin Zahri.
Cara aku, sejam sebelum berbuka aku buat sikit senaman ringan. Lebih tumpukan pada abs, arms macam tu. Lepas balik terawih kalau ada masa, buat senaman cardio. Apa-apa pun mesti ingat, buat ikut pada kemampuan badan kita ya. Kalau rasa penat sangat hari tu, takyah buat pun takpe. Solat terawih yang kita buat itu juga dikira senaman tau. Hehehe
4) Makan vitamin atau supplement.
Sesiapa yang bua diet atkins semasa bulan puasa, sememangnya kauorang perlukan lebih tenaga untuk melakukan rutin harian.
Seperti aku, hanya makan Multivitamin brands Blackmores sebiji semasa sahur.
Kauorang yang tak amalkan atkins pun boleh juga ambil vitamin atau supplement jenis lain. Tapi make sure vitamin atau supplement yang dimakan mendapat kelulusan ok.
Berikut di atas adalah sedikit tips ringkas macam mana aku boleh turunkan berat badan dalam bulan puasa. Nak kurus bukannya tak makan ok. Cuma kawal pemakanan dan amalkan hidup sihat. Sesiapa yang berniat nak kurus masa raya nanti, boleh la cuba amalkan. Hehehe.
Selamat mencuba.
P/s: Puasa tahun lepas dapat turunkan berat badan 4-5kg. Tahun ni berapa agaknya? Hahaha
4 comments:
Perghhh tahniahhh dapat kurangkan bdn dengan begitu banyak... Chayok2! Dan terima kasih untuk tips.. boleh amalkan demi kesihatan diri
Wow, hebat nyaaaa..hahaha...nak jugakk..
Salam Ramadan, terus kurus dan sihat yer ~
Kurusnya awak! Excited tengok dan baca hhahahah.nak cuba jugak la.susah betul nak disiplin
Woww kagum
Post a Comment