Monday, October 9, 2017

Design Kad Kahwin Berkonsepkan Canon & Nikon


Assalamualaikum.

Setiap majlis perkahwinan pasti adanya kad undangan untuk menjemput para tetamu hadir ke majlis yang diraikan. Cuma bezanya daripada jenis saiz, material dan design kad itu sendiri.

Alhamdulillah, rezeki. Kad perkahwinan aku telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada boss tempat kerja lama. Maklumlah, kerja di kedai kad kahwin sebagai pereka grafik. Semestinya design kad itu daripada kretiviti sendiri. 



Pemilihan design kad bertemakan kamera Canon & Nikon adalah simbol perkenalan aku dan encik suami. Si isteri pengguna kamera Canon dan si suami pengguna kamera Nikon. Cinta si Mr & Mrs Photographer la kiranya. Heee. Acah acah sweet tak? Hahaha

Saiz kad berlipat dan berkonsepkan name card ini telah aku selitkan sedikit details berkaitan khidmat fotografi seperti Page FB, Instagram dan juga contact number. Sambil-sambil menjemput orang, sambil-sambil promote khidmat sendiri tak salahkan? Heee

Daripada segi kuantiti kad pula, bergantung pada berapa jumlah bilangan tetamu yang dijemput. Ada sesetengah orang, menempah separuh sahaja daripada jumlah tetamu yang dijemput. Selebihnya menjemput menggunakan laman sosial seperti whatsapp, facebook dan orang tua-tua ada kata, 'jemput mulut'.

Alhamdulillah, semua jemputan yang hadir telah memeriahkan lagi majlis yang diraikan. Terima kasih pada semua yang sudi datang sama ada daripada jauh mahupun dekat. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruknya datang daripada selainnya. 

Pada mereka yang ingin menempah kad undangan perkahwinan yang cantik pada harga yang berpatutan, bolehlah layari laman web rasmi di bawah ye.


8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik kad nya. ada sentimental value.

noor azlan said...

Nampak macam brochure iklan kan... sangat menarik...

Adam said...

Ingatkan saya nak pergi rupanya majlis dah lepas.

Azhafizah MN said...

Cantiknya! Lain daripada yang lain.

Cik Kumbang said...

Cantiknya
Lain dari yang lain
1st time tengok

Mommysihatanggun said...

Skrang cam2 design cantik2. dulu bunga2 je

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow sini :)

Ciktie said...

Cantik! Lain dari yang lain