Friday, September 7, 2018

Officially Fulltime Photographer


Assalamualaikum.

Nak handle banyak kerja dalam satu masa bukanlah suatu kerja yang mudah. Apatah lagi sekarang sudah bergelar seorang isteri. Tanggungjawab seorang isteri kepada suami lebih penting daripada segala-segalanya.

Keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan hanya fokus pada kerja juru gambar sahaja mendapat sokongan terutamanya daripada suami, ibu ayah, mak ayah mertua dan keluarga yang lain.

Masa bujang dulu boleh la nak pulun buat semua kerja dalam satu masa. Menjahit la, membaking la, dengan kerja luar lagi. Sampai takde masa untuk diri sendiri. Tapi sekarang sudah bersuami. Kena jaga dah semuanya.

Bukan tamak nak buat banyak kerja. Tapi diri dah terbiasa dengan buat pelbagai kerja daripada sebelum kahwin lagi. Sudah biasa hidup berdikari tanpa mengharapkan duit keluarga sahaja. Siapa yang pernah hadir dalam hidup aku, pasti tahu macam mana life aku sebelum kahwin. Pernah sampai bergaduh hanya sebab takde masa untuk orang lain. Ehh. Hahaha

Rezeki Allah SWT beri itu luas. Mana-mana boleh cari rezeki. Cuma perlu usaha, doa dan tawakal. Apa yang penting bila dah berjaya, jangan lupa yang sepatutnya.

Semoga pilihan yang aku buat ini adalah terbaik untuk diri aku dan keluarga aku sendiri.
Wish me luck! Hee


Image may contain: 1 person, standing, shoes and outdoor

From now, I'm Officially Fulltime Photographer