Sunday, November 10, 2013

Mesin Sizzix Big Shot Akhinya Dapat Aku Miliki


 



Anda ingat lagi akan entri ini --> Alhamdulillah, Akhirnya...

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi? Apakah benda seperti dalam gambar itu? Mesin apakah itu?

Sebenarnya begini, itu adalah Mesin Sizzix Big Shot untuk kegunaan para crafter. Ingat lagi tak, dahulu aku pernah menulis entri bertajuk --> Keinginan Memiliki Mesin Big Shot 

Haa, alhamdulillah keinginan ingin memiliki mesin big shot akhirnya tercapai. Gembira tidak terkata apabila salah satu barang idaman para crafter akhirnya dapat aku miliki. Benda yang sekian lamanya aku nanti-nantikan kini telah berada di depan mata.

Bila sudah ada depan mata, lepas ini makin aktiflah aku bercraft. hehe. Lagi memudahkan kerja-kerja pemotongan. Tak macam sebelum ni, nak potong huruf terkebil-kebil mata dibuatnya. Sekarang, tekap dan giling sahaja. Hekhek

Mesin Sizzix Big Shot sudah berjaya dimiliki. Ada satu lagi impian yang belum tercapai. Apa dia? Jeng jeng jeng. Hehe 


 


Read More

Saturday, November 9, 2013

Photography: Konvokesyen Nuramni Nadira & Rakan



Tempat: UniMAP, Perlis
Tarikh: 22 September 2013










 Gambar selebihnya, di Flick EkaTikah Photography

 Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh contact pada details di bawah:
Whatsapp/SMS: 0136494534
Email: tkah93@gmail.com



Read More

Craft: New Item, Coin Purse


 


Tiada purse yang sesuai untuk menyimpan duit dan memudahkan untuk di bawa ke mana sahaja? Di EkaTikah Craft ada menjual coin purse untuk semua pengguna. 


-Menggunakan zip yang berkualiti dan tahan-


-Adanya tali untuk memudahkan anda menggantung keychain-


-Lapisan double layer, mengemaskan lagi coin purse tersebut-

Mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh anda pilih serta menerima design sendiri daripada pelanggan. Coin purse ini juga terdapat satu lagi bentuk iaitu segi empat. Material yang digunakan 100% menggunakan kain felt dan 100% juga menggunakan jahitan tangan.

Harga promosi untuk satu unit bernilai RM10. Pembelian lebih daripada 5 unit akan diberi harga istimewa. Cepat-cepat, sementara promosi masih ada. 

Berminat? Bolehlah terus contact pada:
Whatsapp/SMS: 0136494534
Email: tkah93@gmail.com

 


Read More

Friday, November 8, 2013

Payment Daripada Churp-Churp & Nuffnang



-Payment Churp-Churp-

-Payment Nuffnang-

Alhamdulillah, bangun daripada tidur pagi tadi dapat 2 email kejutan daripada HSBC. Berikut di atas adalah payment daripada Nuffnang dan Churp-Churp. InsyaAllah dalam dua tiga hari sampailah cheque yang dinanti-nantikan itu. Hehe

Mungkin cashout pada hari yang sama dan sebab itu jugalah dapat payment pada hari yang sama. Serentak pulak tu. Hehe. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya penantian terjawab. 

Ini merupakan cashout pertama untuk Nuffnang dan Churp-Churp. Sebelum ini pernah cashout 8Share dua tiga kali. Kira pernah la merasa hasil berblog ini. 

Jumlahnya tidaklah banyak mana. Kira bolehlah untuk tambah sikit beli gajet baru. Ehem ehem, gajet idaman. Hekhek

Daftar Churp-Churp di SINI 



Read More