Monday, June 4, 2012

Masalah Bagi Kaki Yang Bersaiz Besar


Hai semua

Abaikan lukisan kasut yang tak serupa kasut nie. HAHA

KASUT? Siapa di sini mempunyai masalah dalam pemilihan kasut yang sesuai mengikut cita rasa anda? Haa, kite geng. *give me five  

Selalunya, mereka-mereka yang mempunyai masalah sedemikian oleh kerana tidak menepati cita rasa atau pun tidak mempunyai SAIZ yang sesuai dengan kaki mereke. Kalau aku, masalah tidak menepati cita rasa bukan masalah utama. Tapi, masalah utama ialah, tidak menepati SAIZ ukuran yang sesuai.

Sedihkan kalau kasut yang kita impi-impikan selama ini tidak dapat kita miliki hanya kerana masalah SAIZ. Huuh, mahu nangis rasanya.. Uwaaaa 

Al maklumlah, kasut-kasut yang berada di pasaran sekarang semuanya cumil-cumil. Sesuai untuk mereka yang kaki bersaiz kecik. Bukan macam saiz kaki aku. Sekali amek kau, saiz 10. HAHA.. Mana mau cari kasut saiz 10?

Perasaan jeles dengan mereka-mereka yang kaki bersaiz kecil itu sudah semestilaa ada. "Ishh, geramnya aku dengan kaki dia tu.. Semua kasut dia boleh pakai" "Arghh, fedap aku dibuatnya. Semua kasut aku dah cuba, tak muat!"

Teringin jugak nak pakai kasut yang macam kat bawah nie:


dan


dan ini


Cantikkan? Apa boleh buat. Dah naseb kaki yang bersaiz besar. Ada tu memanglah ada kasut bersaiz besar. Tapi tak semua kedai ada. Dan yang paling penting, kadang-kadang kasut yang ada tu, tak menepati cita rasa kita. Huuh, banyak benau masalahnya

Bila fikirkan masalah ini, pernah terfikir jugak nak buat design kasut sendiri yang bersaiz besar. Tak payah nak pening-pening kepala nak cari kasut. HAHA.. Tunggulah 10 tahun lagi. Akan ku buka butik kasut ku sendiri. HAHA *angan-angan mat jenin*

Sebelum aku akhiri entri aku, meh sini aku nak tunjukkan kasut tutup yang dapat aku cari sekian lamanya. Huuh, selalunya aku asyik pakai kasut tutup yang ala budak sekolah gitu *kasut lekat* And now, dapat jugak merasa kasut seperti ini. HewHew 

Abaikan plak dibelakang itu. HiHi
Byebye 

14 comments:

keli menari said...

Tapi kasut kaki ini selalu habis saiz.Ramai saiz sama.Hmm

waniey20~ said...

waaa...
kte ade masalah yang sama lah dear :( sedih kan...btw...

dear , jom join 1st contest saya :)

http://rosepurple92.blogspot.com/2012/06/contest-1st-contest-by-waniey20.html

raena budak pelik said...

hee..
nasib kita serupa!
nak carik kasut macam nak carik harta karun :D

~PILOT LOVER~ said...

samalah...kite pun selalu susah nak cari kasut yg ada saiz besar..heheh ^__^
http://naz-only-you.blogspot.com/

~PILOT LOVER~ said...

samalah...kite pun selalu susah nak cari kasut yg ada saiz besar..heheh ^__^
http://naz-only-you.blogspot.com/

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui saiz 7..meh bg kasut free..hihi.

Adylia Qarissa said...

alamakkk..betul ke saiz 10??

|shuhadaothman|TM said...

shu saiz 6. xde ssh sgt kot :)

O CIKTEDDY said...

serius saiz 10?

me always be me said...

hahahahaa..akk lagi best saiz 12, selalu dapat kasut kat Butik Kasut Princess, kedai kasut nils kat PAS,shah alam, Kedai kasut Popular kat metro plaza kajang, x-labs kat Angsana Johor, emm kat melaka ade satu kedai dulu kat mahkota prade tak tau la bukak lagi ker tak .. (^_^)

Amirah Ariff said...

Boleh bg details kedai yg awk pegi tu??? Kaki sy bermasalah . Lagi2 nk bukak sekolah ni. Takut tak sempat nk cr. Kalau baik hati boleh msg sy amirah ariff 01119201325 thanx!

Anonymous said...

salam... ok la tu..saya seorang yg berkerjaya tapi kaki saya saiz 13 tau..last saiz dah tu..biasa bleh dapat kat butik kasut princess and butik kasut zara kat ampang park. tidak mengecewakan cuma saiz lebih.. harga pun lebih sikit lah... heheheehe

mastura said...

kita pun susah nak cari kasut yang bersaiz besar nie . kat mana nak cari erk kat area KL nie

S-a-B-r-I-n-A said...

hmmm rupa2nya ramai juger yg hadapi masalah dgn saya ye..

rasa cemburu tu bukan setakat tak dapat beli.. tapi nak cuba terus kasut yg ada kat rak, tapi tak dapat.. tu pun jeles.. bila dapat jumpa kedai yg jual kasut plus size kat metro kajang tu, kejakunan kejap.. sbb boleh suka hati main cuba je yg dari rak.. tak perlu tanya/minta cari size paling besar dari sales girl.. :D

anyway, saya bersyukur sbb kaki besar.. u know why? kiter lebih stabil.. rasanya brapa kali sgt laa jatuh.. kalau jatuh pun sebab tersadung dan yg sewaktu dgnnya.. ada member kaki kecik, boleh tiba2 plak jatuh tersungkur.. takde angin bertiup, takde batu menghalang.. bukan skali, beberapa kali.. sampai dia kena marah dgn boyfriend dia.. kesian kan? so Alhamdulillah...

p/s: nanti kalau jadi bukak butik kasut tu, habaq mai nah.. boleh jadi pelanggan setia nanti.. hehehee..