Friday, January 17, 2014

Program COMFEST'14 Anjuran Pelajar Tahun 3 Sains Komputer Multimedia UTM KL




Saya sebagai salah seorang pelajar Tahun 3 jurusan Sains Komputer (Multimedia) , UTM KL, ingin meminta bantuan dan sokongan daripada anda semua untuk menjayakan program yang akan kami adakan dengan kerjasama pelajar Tahun 2 Sains Komputer (Teknologi Maklumat), UTM KL, pada awal bulan Februari nanti.

Program yang bertemakan "Membentuk Mahasiswa Insaniah Dan Intelektual Selaras Dengan Perkembangan IT Dan Multimedia" ini terbuka dan akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, pameran, permainan, booth berkaitan komputer dan kerjaya, juga ceramah agama daripada undangan khas.

Kami juga akan bercerita dan berkongsi segala info dan ilmu yang telah kami pelajari selama 3 tahun sebagai pelajar Sains Computer (Multimedia). 

Kami sangat berharap agar program yang akan berlangsung pada awal bulan Februari ini mendapat sambutan dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat di luar sana. 

Jom ramai-ramai support kami di:



2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga mndpt smbutn memberangsangkan..

Anonymous said...

all the best..