Friday, January 3, 2014

Minggu Pertama Persekolahan


Hari pertama persekolah sudah tentunya banyak bunyi banyak ragam. Rindu kawan-kawan punya pasal, huha huha sana sini. Excited bukan main.

Tapi bila time perhimpunan, semuanya paling lemau macam biskut masuk angin. Haha


Biasalah, first day sekolah, macam-macam yang ingin cikgu sampaikan. Pesanan itu, pesanan ini. Ada la juga dalam satu jam lebih. Naik lenguh kaki ni berdiri. Haha


Bila dalam kelas pula, satu lagi cerita. 
Biasalah, first day sekolah kebanyakkan cikgu sibuk uruskan itu ini. So, masuk kelas kejap-kejap. Itu yang pelajar naik boring duduk tunggu cikgu dalam kelas lama-lama. Haha

Bercakap berdasarkan pengalaman sebagai bekas seorang pelajar sekolah. Selalunya keadaan seperti ini akan berterusan selama seminggu. Selepasnya, bersiap sedialah dengan kelas tambahan, kerja rumah yang tak cukup tangan nak dibuat dan tidur lewat malam semata nak siapkan kerja sekolah. Hehe

Apa-apa pun, sekolah adalah zaman yang paling akan dirindui apabila tamat sekolah nanti. Hehe

Jadi, dalam seminggu ni cikgu-cikgu bagi rehat dahulu. Chill dulu. Kenal-kenal dengan kawan baru. Cerita itu ini, maklumlah dah lama tak jumpa. Lepas tu, siap sedia la. Haha


14 comments:

Anonymous said...

macam2 gelagat budak sekolah Perkongsian ilmiah yang berguna :) jemput singgah blog shafiq A Gentleman To Be

NinaAz said...

pandai buat kartun tuu. comel!

Mardiah Diana said...

Teringat zaman akak sekolah dulu...macam-macam ragam dan karenah kita...

nuyui a.k.a miss YUI said...

rindu zaman skolah..

MalizaMah said...

agak nya murid2 ku seperti ini juga kah?

msredcheesecake said...

rindu zaman sekolah...

Anonymous said...

betul lak tu..hehehehe..

Fi said...

Part perhimpunan tu paling liat tuh .. Malas nak dengar ucapan kehkeh

Invisible Me said...

Betul tu. Time paling lemau bila perhimpunan. Kalau boleh duduk memang best lar. Hehe

Adriannasyaz said...

Dulu sya sekolah..klu time perhimpunan memng rasa nk tido..tp bila masuk klas..trus rasa terang bijik mata..hehe..lg terang klu nmpk abg2 senior lalu tpi kelas..haha

Azhafizah MN said...

minggu pertama memang huha huha sikit kan..memang masa perhimpunan tu rasa lambat je kan..miss jugak zaman skolah :)

naima said...

comelnya gmbr kartun tuh, suka citer katun ke?

aswadz said...

bila sekolah baru nak mula, kadang2 jadual waktu tu xde lagi. jd sementara xde jadual lagi, boleh la maen2. kan... hehehe...

Ezad Skytech said...

minggu first start sekolah waktu untuk bersantai2 lagi...jaga2 minggu seterusnya...habis la...ramai yang ada pengalaman yang sama kan masa time sekolah dulu...hee