Wednesday, February 18, 2015

Chinese New Year 2015: Limau Mandarin




Esok merupakan hari perayaan bagi kaum Cina, dalam erti kata lain 'Chinese New Year'. Sememangnya semua orang tahu, bila tiba masa Chinese New Year pasti akan banyaknya limau mandarin.

Bagi mereka yang bekerja di syarikat Cina, pasti dapat berkotak-kotak buah limau. Hari-hari makan, naik jemu. Kalau dapat yang manis, memang sedap la makan. Kalau dapat yang masam? Cukuplah rasa satu yang lain ketepikan. Hahaha

Walaupun tempat kerja merupakan syarikat Melayu, tidak terkecuali juga daripada dapat buah limau berkotak-kotak ni. Supplier kebanyakkan daripada syarikat Cina. Sekali datang bagi 2 3 kotak. Haa, supplier lain pula datang, tambah lagi 2 3 kotak. Bila dikumpulkan tak ke banyak?

Aku ni duduk menyewa bilik seorang. Boss bagi sekotak bawa balik, itu pun simpan dalam peti ais kat pejabat. Bawa balik? Siapa yang nak makan? Aku? Balik kerja dah lambat. Balik rumah mandi solat tidur. Cukup beberapa hari, tengok buah tu dah busuk. Tak ke membazir. Letak kat pejabat, sambil-sambil buat kerja boleh ngap masuk mulut. Ushh dapat yang madu, pehh. Haha

Korang dapat berapa kotak limau mandarin? Ke beli kat kedai? Hehe


P/s: Buat kerja sambil makan limau.Lalala. hehe


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala tahun nie x dapat

Ija Rased said...

beli aje

Nao Mei said...

La tahun nie tak de limau kat sekolah..haha..
Agaknya bajet lari kot..hihi

Yumida Huda said...

laaa bestnye...kte beli sendiri je. limau mandarin makin mahal dh skrg..beznye klo ade member cina bg limau sebungkus..