Saturday, February 7, 2015

Perempuan Juga Perlu Tahu: Tayar Kereta


Kita orang perempuan ni, asal dapat kereta hanya tahu drive ke sana ke sini. Hanya tahu tengok meter dan beberapa perkara basic tentang kereta. Kalau meter minyak menunjukkan tanda F maknanya minyak full dan jika menunjukkan tanda E, minyak nak habis dah tu. Hehe

Jika pada tayar kereta pula, kalau tengok macam kurang angin atau masa drive boleh rasa angin tayar kurang, haa perlu isi angin ni. Tetapi, tahukah anda ada info lain sebenarnya kita perlu tahu terutama pada bahagian tayar.


Selain kita tahu tayar berbentuk roda, kita perlu tahu adanya kod-kod penting dan apakah maksud pada kot itu. Antaranya seperti terlihat di atas. 


Pada akhir kod tayar kenderaan, adalah menunjukkan kelajuan maksima. Kod itu mempunyai abjad tertentu yang terdiri daripada:

S = Maksimum Had Laju 180 KM/J
T = Maksimum Had Laju 190 KM/J
U = Maksimum Had Laju 200 KM/J
V = Maksimum Had Laju 240 KM/J
Z = Maksimum Had Laju 240 KM/J
W = Maksimum Had Laju 270 KM/J
Y = Maksimum Had Laju 300 KM/J

Bagi kod 4 angka seperti X2813 adalah menunjukkan pada minggu keberapa dan tahun keberapa tayar itu dikeluarkan. Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun bermula tarikh tayar dikeluarkan. Jadinya boleh target dan kumpul duit 5 tahun akan datang untuk beli tayar baru. Hehe

Sudah tahu serba sedikit tentang tayar, bukan? Pengetahuan ini berguna untuk keselamatan diri kita juga. Untuk pengetahuan semua, salah satu penyebab kemalangan boleh juga berpunca daripada tayar tau. Jadi berhati-hatilah sebelum terjadinya apa-apa.

Info: SINI

P/s: Bila dah pakai kereta ni, kena ambil tahu serba sedikit tentang kereta. Jangan hanya tahu drive je. hehe 

4 comments:

trah zain said...

ok, saya baru tau,,haha

Kathy R'bain said...

tq sis atas info ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Mmg xtau. Hahhaa

Noraini Mohd Zain said...

Ok good info! baru saya tahu. hehe. salam perkenalan sis.