Sunday, September 13, 2015

Resepi: Paprik Ayam


Assalamualaikum.

Selasa lepas mood nak masak datang. Selalunya mood nak masak ni datang hujung minggu je. Yela, hujung minggulah baru ada masa nak masak itu ini ke kan.

Selasa tu decide nak masak Paprik Ayam. Ok, bila fikir bahan-bahan tak cukup ni. Macam serai dan daun limau purut takda. Balik kerja awal terus pergi Giant dengan harapan adalah bahan-bahan yang aku cari tu. Akhirnya balik dengan tangan kosong. 

Hari tu kebetulan hari Selasa. Haa, terfikir ada pasar malam kat Bandar Baru Bangi. Apa lagi terus pecut pergi sana sebab masa tu pun dah pukul 7 lebih. Sampai terus cari serai dengan daun limau purut. Tak pandang lain dah. Jalan menonong ke depan. Hahaha

Pergi jauh-jauh semata-mata nak beli serai dan daun limau purut yang berharga RM0.70 sahaja. Nak makan punya pasal, apa aku kisah. Hahaha


Inilah hasilnya. Paprik Ayam. Resepi boleh refer di bawah. Hehehe
Resepi Paprik Ayam

Bahan-bahan: 
 isi ayam - dipotong kecil
 1 ulas bawang merah - dicincang
 2 ulas bawang putih - dicincang
 1 batang serai - dititik
 3 helai daun limau purut - diracit halus
 4 atau 5 biji cili padi - dicincang
 bunga kobis, kacang buncis dan lobak merah
 sedikit sos tomato, sos tomato, sos tiram dan kicap manis
 sedikit garam

Cara penyediaan:
 Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
 Tumiskan sekali bawang merah, bawang putih dan cili padi dan kacau sehingga sedikit gareng.
 Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
 Biarkan mendidih seketika dan kemudiannya masukkan sedikit air.
 Masukkan serai, daun limau purut, ayam dan sayur-sayuran.
 Bila sudah mendidih, biarkan seketika dan kemudiannya boleh tutup api.
 Siap! Di hidang bersama nasi putih makan panas-panas. Pehhh. Hehehe

Mudah bukan? Resepi di atas untuk hidangan 1 ke 2 orang. Kalau lebih tu, extrakan bahan-bahannya ye. Hehe. Okbye

5 comments:

Farrah MF said...

Sedapnya paprik ayam! Memang daun limau dan serai wajib ada kan,..kalau tak tak jadi :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedap2..

Nina Mads said...

suka makan ! sedap. hehehe

Nadratul Syazwana said...

Nampak macam sedappp je ehehe.

Fiza Aizzawa said...

Favorite kak Fiza.. mmg sedap.. kalau pandai buat sndiri lg best sbb order kat kedai mcm2 rasa.. takde rase paprik langsung..