Assalamualaikum.
Apabila badan kurus, automatik muka pun nak nampak kurus. Baru stabil. Ye dok? Hahaha
Jadi ramai sebenarnya tertanya-tanya bagaimana cara untuk kuruskan pipi pau yang comel itu. Di bawah ada beberapa step mudah yang boleh kauorang cuba.
Cara Kecilkan Pipi
Lakukan Senaman
Berikut ada beberapa cara senaman yang boleh mengecilkan pipi:
- Senama Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
- Senaman Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
- Senaman Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepaskan. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
- Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Urut Halus Di Pipi
Selain daripada teknik senama, teknik mengurut juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Walaubagaimanapun perlu diingatkan, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.
Pada individu yang memiliki masalah kulit yang sensitif, apa kata gunakan ais batu dan tepuk-tepukkan di bahagian dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan otot-otot wajah dan secara tidak langsung merehatkan otot yang sedang membengkak.
Mudah je semuanya. Sambil-sambil buat kerja, apa salahnya buat senaman pipikan?. Ada orang kata juga, kunyah gula-gula getah pun salah satu senaman me
Ok, selamat mengecilkan pipi. Hikhik
P/s: Dia cakap pipi tak payah kurus sangat. Tak comel katanya. Hahaha. "Ok awak "
4 comments:
Ya Allah mmg tgh nak kecutkn pipi pun. kena gelak dgn kawan T_T jahatkan ?
btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
Terima kasih sebab support ;)
senaman O tu memang terasa kat pipi oh..
heheh..semua tu akk biasa buat =)
Cara nak tembam pipi pleaseeer
Post a Comment