Friday, February 26, 2016

Sayur Bayam Salah Satu Sayuran Baik Untuk Darah


Assalamualaikum.


Kelmarin update entri beritahu ada masalah darah. Jadi keesokkan harinya pergilah cari sayur bayam merah. Orang kata bayam merah bagus untuk pekat dan tambah darah. Bukan bermaksud bayam hijau tak bagus, cuma bayam merah lebih banyak khasiatnya.

Nasib diri ni jenis suka makan bayam. Kalau kangkung tu, fikir dua tiga kali jugaklah. Heee. Jadi terhasillah bayam tumis air bersama udang kering. Makan pula bersama ikan bakar daun kunyit. Pehh, superb. Hehehe

Ikutkan nafsu, lagi sedap makan dengan nasi putih panas-panas dan kuah kicap yang ada hirisan bawang dan cili padi. Tapi sama sekali TIDAK. Diet still on!. Hahaha

Ok, bayam merah dah dapat. Misi mencari kerang bakar atau kerang rebus belum tercapai. Nampak gaya kena cari kerang kat pasarlah ni. Sedihnya alahaiii   


1 comments:

Patricia Corina said...

So in love with your blog! You've got such a fresh style and it really is a pleasure to read it!
Would you like to follow each other on GFC? If yes just let me know once done and I'll be right back!
xoxo
Patricia http://patriciacori.blogspot.ch