Wednesday, February 24, 2016

Darah Cair Kerana On Diet


Assalamualaikum.


Sabtu lepas berniat hendak derma darah. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak derma darah ni. Kalau tak silap last menderma masa belajar kat UTM dulu. Ada la dalam 2 tahun lepas kot. So Sabtu kelmarin, ada kempen derma darah di Bangi Gateaway.
Haa, dalam hati berdetik "peluang keemasan ni". 

Seperti biasa, sebelum menderma perlulah mengisi borang dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan itu akan menentukan kauorang layak untuk menderma pada hari itu atau tidak. 

Pergi dengan rasa confident sungguh. Tapi sampai turn nak check darah, pembantu kesihatan tu beritahu "Darah awak tak lepas untuk menderma darah hari ini. Darah awak cair. Cuba lain kali ya". Lalu mulut ni ringan bertanya, " kenapa darah saya cair ya? " Dia pun terangkan serba sedikit dan perkara utama dia cakap adalah sebab diet. 

Yess, aku masih on diet. Pembantu kesihatan tadi ada beritahu, darah cair kerana badan kurangnya makan daging. Aku mengaku jugak, seminggu sebelum pergi menderma, memang makan pun lat lat. Banyak makan telur je. Hahaha

Bila dah balik, terus Google macam mana cara untuk pekatkan darah dan beberapa info lain berkaitan cairnya darah dalam badan. Itu semua akan aku share di next entri. Sekarang yang aku tahu, nak cari kerang. Lagi-lagi kalau dapat kerang bakar, pehh superb. Tapi itulah, kalau beli yang belum masak dan masak untuk makan seorang macam tak seronok. Baik beli yang dah siap masak. Hanya tinggal kopek kulit dan ngap dalam mulut. Hahaha

Masalahnya sekarang, merata cari kerang bakar or kerang rebus, tak jumpa-jumpa. Dahla hampa tak dapat derma darah, lagi bertambah hampa sebab tak jumpa kedai mana ada jual kerang bakar atau kerang rebus.  

Kauorang tahu mana-mana kedai makan yang ada jual kerang bakar atau kerang rebus area Kajang dan Bangi? Meh la share. Hehehe 

P/s: Beritahu ibu, habis tadah telinga kena bebel itu ini. 

3 comments:

Maria Firdz said...

Kurang zat besi dalam darah.. Boleh tambah dengan makan makanan yang kaya iron..

Eintan Nurfuzie said...

cik en pon tgh diet.. tp diet ngelat2.. hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

skg bkn musim kerang kot..mcm susah juga jmpa