Tuesday, March 1, 2016

Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Broga


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya niat nak panjat Bukit Broga tercapai juga. Minggu lepas, plan dengan kawan office ajak panjat Bukit Broga. Plan punya plan, lastnya hanya 5 ketul je yang pergi. Mula-mula bukan main ramai. Hahaha

Kalau nak tengok matahari terbit, seeloknya mulakan perjalanan seawal 6 pagi. Sampai atas dalam pukul 7 macam tu. Kira sempat la tengok matahari terbit. 


Nampak tak kesungguhannya di situ? Nasib baik kotor je, tak koyak. Hahaha


Sebenarnya yang paling mencabar adalah masa nak turun bukit. Bukit yang curam, salah step kaki boleh tergelincir. Nasib ada disediakan tali sebagai pemegang.


Apabila dah penat mendaki, mesti perut kosong + tekak haus. Jangan risau, kat bawah dah tersedia menunggu anda gerai di pondok kecil. Macam-macam ada jual. Coconut shake pun ada tau. Haa jangan main-main. Hahaha


Bukit Broga dah ku daki, next? Hahaha

2 comments:

Khamsi Abdullah said...

KA tak pernah lagi manjat Broga... Bukit Kluang, Besut pun menarik.. pernah pergi?

Suhaiza Suki said...

bukit broga tak pena kosong dari org kan. hehe