Friday, March 10, 2017

E-Day E & H: Hantaran


Assalamualaikum.

Bila cerita tentang majlis pertunangan, sudah pastinya ada hantaran balas membalas antara pihak lelaki dan pihak perempuankan. Selepas perbincangan antara keluarga aku dan keluarganya, kata sepakat memilih 5 dulang berbalas 7 iaitu 5 dulang daripada pihak lelaki dan 7 dulang daripada pihak perempuan.

Aku memang dah lama niat dalam hati. Bila tunang dan kahwin nanti, semuanya aku nak buat sendiri. Idea sendiri. Maka terhasillah gubahan seperti di bawah. Heee


Brownies Tower ni aku buat sendiri. Nama pun bakerkan. Heee.


Hantaran buah-buahan pula makcik saudara yang gubah. Asalnya simple je. Just letak buah anggur dan apple. Tapi bila makcik saudara kata, nak tambah lagi buah haaa. Itu yang ada pisang dan buah durian. Terkejut jugaklah pihak lelaki bila sampai rumah, eh ada durian. Hahaha



Sirih junjung dan kuih tradisional pun makcik saudara yang jubahkan.






Baju, gula-gula dan kasut aku dah gubah awal beberapa hari. Ok, cukup semuanya 7 dulang.

Persiapan yang dibuat sememangnya serba ringkas dan cepat. Mana taknya, aku dan dia decide nak bertunang ni pun macam bidan terjun oke. Hahaha. Hanya dalam seminggu semua persiapan dibuat. Itu yang gubahan simple habis. Hehehe

Thanks awak sudi teman saya beli barang gubahan hantaran dan layan kerenah saya nak buat pilihan itu ini. Mana taknya, nak pilih warna bunga sahaja dekat 2 jam. Hahaha. Sorryyyy.

Sekarang masih fikir lagi tema untuk hantaran kahwin nanti. Tema apa, barang apa nak beli pun belum decide lagi. Maklumlah, masing-masing jauh. Bincang pun banyak dalam telefon. Heee

5 comments:

noor azlan said...

Kasut tu macam sama je dengan saya, tapi gubahan lain... hihi... Cantik lah,... kreatif... boleh buat side income ni....

nuyui a.k.a miss YUI said...

hasil sndiri puas hati kan eka.

tahniah dik dah slmt jd tunangan org =)

Anonymous said...

Hi..nak tanya, mana beli kotak untuk brownies tower tu ye?

Sherin said...

Kedai bakery.

Anonymous said...

Assalam sis,

Nak tanya.. mcm mna nak kekalkan brownies tu x nak bg runtuh.. nak buat hantaran adik perjalanan dlm 1jam.. tq sis :)