Friday, March 17, 2017

Rezeki Mereka Yang Mahu Berkahwin


Assalamualaikum.


Ramai orang selalu cakap, rezeki orang nak kahwin ni lain berkatnya. Malah, makin bertambah-tambah. Apabila niat kita tu baik, InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)



Alhamdulillah, Allah swt buka satu persatu pintu rezeki aku daripada pelbagai sudut selepas aku buat keputusan mahu berkahwin. Salah satu daripadanya, dapat tawaran sebagai jurugambar sambilan untuk sebuah syarikat swasta. Ya Allah sungguh tak sangka. Sebelum ini hanya ingat untuk buat sendiri-sendiri je. Tak sangka pula sampai boleh join dengan syarikat luar. Itulah namanya rezeki kan? Heee

Kerja dengan orang, kerja juga. Kerja sendiri pun dapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah, awal bulan hari tu ramai yang menempah tarikh untuk majlis bahagia mereka tidak kira untuk majlis pertunangan, perkahwinan mahupun majlis kecil seperti majlis aqiqah. Betul. Tidak pernah rasanya dapat job sekerap ini. Sampaikan terpaksa menolak beberapa customer atas sebab tarikh bertindih dengan majlis lain.

Rezeki membuat kek dan craft juga datang secara tiba-tiba. Ikutkan lama juga sebenarnya tidak seaktif dahulu. Tapi sejak dua menjak ni, kerap pula dapat tempahan. Masa diri ni sibuk dengan membuat persiapan pertunangan kelmarin pun masih ada yang mahu menempah. Maaf sangat, kita terpaksa tolak atas sebab kesuntukan masa. Heee

Tidak terkecuali kerja tempahan design luar. Majikan tempat kerja sekarang selalu beri pelbagai kerja luar sebagai tambahan. Siap cakap, "Kalau nak kerja luar lagi, beritahu. Nanti saya beri." Dapatlah juga buat duit poket walaupun tak seberapakan. 

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

Dalam masa Allah permudahkan rezeki aku, Allah hadirkan juga dia yang banyak memberi semangat disamping membantu terutama dalam kerjaya aku. Sebelum ini pernah juga terfikir, bagaimanalah nanti kalau dapat suami yang melarang aku untuk buat semua kerja yang aku buat sekarang. Terutama sekali dalam bidang fotografi. Alhamdulillah, hadirnya dia yang mempunyai minat dan fikiran yang sama dengan aku. Selain boleh share ilmu, kami juga boleh share camera. Ehhhh.  

Sesungguhnya aku bersyukur sangat atas nikmat dan rahmat rezeki ini. Percayalah, Allah akan menolong mereka yang mahu berkahwin. InsyaAllah, janji Allah itu pasti. 

1 comments:

Airah Syahirah said...

Alhamdulillah all the best sis